Drama Budak Tebing Di TV3

Drama bersiri 'Budak Tebing' di slot Lestary TV3. Dibarisi pelakon seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Feroz Kader. 



JUDUL : BUDAK TEBING

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2020

WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

IDEA ASAL : PGRs Team - Amka Ahmad

PENULIS SKRIP : PGRs Team - Janjira

PENGARAH : Feroz Kader

PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd


Barisan Pelakon : 

Adam Lee sebagai Arif

Aedy Ashraf sebagai Tongki

Bella Dowanna sebagai Laura

Eyka Farhana sebagai Munira

Fariz Isqandar sebagai Yoyol

Firdaus Ghufran sebagai Talam

Syazwan Zulkifly sebagai Abang Lan

Amyza Aznan sebagai Aida

Alex Afian sebagai Kamarudin


SINOPSIS BUDAK TEBING

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Catat Ulasan

0 Ulasan