Rasa Seperti Jutawan di Jualan Berjenama 8.8 SHOPEE Ini | Shopee telah
memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Berjuta Diskaun Berjenama atau Million Dollar Brands Discounts yang
akan membolehkan pengguna membeli produk 100% original daripada jenama
kegemaran dengan diskaun hebat. Dapatkan pembersih vakum Dyson V7 Fluffy+ yang
serba boleh pada hanya RM1,209 berbanding harga sekarang iaitu RM1,899; atau
hidangkan masakan istimewa buat keluarga dengan menggunakan Tefal Daily Cook Stewpot with Lid
bernilai RM159 yang boleh didapati pada harga RM59 pada 8 Ogos dari 12 tengah
malam hingga 2 pagi.
Selain itu,
jadilah pemilik Apple Airpods Pro; gayakan warna lipstik baharu oleh MAC
Cosmetics, rasa lebih yakin dengan Elizabeth Arden atau dapatkan jam tangan
bergaya Cerruti 1881. Portal Berjuta Diskaun Berjenama dapat diakses melalui
laman utama Aplikasi Shopee, dan menawarkan tawaran cukup hebat daripada
pebagai jenama termasuk Samsung, Seiko, Tomei, JBL, Fjallraven Kanken, Bonia,
Levi's, dan banyak lagi.
Tawaran di
portal Berjuta Diskaun Berjenama termasuk potongan harga hingga 96%. Tambahan
pula, produk yang disertakan tag Shopee Mall dijamin 100% tulen. Sekiranya
mana-mana produk ini didapati palsu, polisi Jaminan Produk Tulen Shopee Mall
akan digunakan dan Shopee akan mengembalikan wang kepada pelanggan sebanyak dua
kali ganda daripada jumlah yang dibayar untuk produk tersebut.
Permainan Shopee
Ciri Berjuta
Diskaun Berjenama ini diperkenalkan bersempena Jualan Berjenama 8.8 Shopee.
Keseluruhan kempen ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 8 Ogos, membawa
keseronokan kepada pengguna Shopee yang berpeluang memenangi hadiah bernilai
hingga RM88,000 setiap hari dengan bermain Shopee
Garden, Flappy Shopee, Shopee Poly, Shopee Link dan banyak lagi.
Super Brand
Day
Beberapa
jenama juga telah mengambil kesempatan untuk menjalankan Super Brand Day mereka bersama Shopee semasa Jualan Berjenama 8.8
ini. Pengguna boleh menikmati tawaran dan promosi yang diperhebat serta
mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah menarik.
Jenama-jenama ini ialah Perfect Diary, L'Oreal, realme, Innisfree, Tefal,
Bokitta, Enfagrow, P&G, Acer, Universal Traveller, Photobook, Unilever,
Skechers, Philips dan Vinda.
Nikmati Penjimatan Lebih Besar
Selain
tawaran dan diskaun berjenama, pengguna boleh menikmati tawaran RM8 setiap hari
semasa Jualan Kilat Shocking Sale.
Pada hari terbesar kempen iaitu 8 Ogos, perbelanjaan minimum untuk pengguna
menikmati penghantaran percuma akan direndahkan kepada RM10 dari 12 tengah
malam hingga 2 pagi dengan kejutan tambahan sepanjang hari, manakala
jenama-jenama akan menawarkan baucar potongan harga 50% yang tidak patut
dilepaskan.
My Girls
Talk Show
Berehat
sebentar daripada membeli-belah dan dapatkan inspirasi melalui rancangan bual
bicara wanita baharu ini. Menampilkan
peserta dahulu daripada Miss Astro
Chinese International Pageant, rancangan ini bertujuan memperkasakan wanita
dalam pelbagai topik dan pengalaman ketika mereka menjalani gaya hidup pantas
hari ini. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara menjadi pembeli atas talian
yang bijak; dapatkan tips kecantikan, serta cara mengekalkan hubungan yang
sihat dengan menonton Shopee Live pada hari Ahad (9 dan 16 Ogos) jam 8.30 malam
dengan ulangan pada hari Sabtu (8, 15 dan 22 Ogos) jam 5.30 petang.
Walaupun
pelancaran portal Berjuta Diskaun Berjenama adalah seiring dengan Jualan
Berjenama 8.8 Shopee, ciri tersebut akan terus berada di Aplikasi selepas 8
Ogos dengan tawaran dan jenama yang diperbaharui bagi memastikan pengalaman
membeli-belah yang menarik dan berpatutan untuk pelanggan.
0 Ulasan