StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Bila sebut pasal mati, memang tiada siapa yang tahu bila kita akan mati walaupun kekadang itu usia dah terlalu lanjut tapi masih dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik.Ada orang yang tidak mati terlalu muda sebab nak selesaikan apa yang perlu dan ada yang tidak mahu mati terlalu tua bimbang menyusahkan orang lain.

Apapun itu semua atas ketentuan Dia yang Esa tapi bagi yang tidak memikirkan kesihatan dan punya gaya hidup dan tabiat buruk mungkin akan mengakibatkan anda mati awal atau menjadi bermasalah jadi jalani kehidupan dengan lebih teratur dan elakkan beberapa perkara berikut :

Untuk pengetahuan anda, segalanya adalah berkaitan dengan gaya hidup dan tabiat buruk yang mungkin diamalkan secara tidak sedar seperti:


1. Waktu tidur yang terkurang atau terlebih

Meskipun ramai yang memandang remeh terhadap perkara ini, ketahuilah bahawa manusia normal memerlukan waktu tidur yang optimum.

Ini kerana tubuh badan kita juga perlu berehat daripada beroperasi buat seketika bagi mengembalikan kecergasan untuk berfungsi.

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Menurut Harvard Medical School’s Healthy Sleep, tidur kurang dari 5 jam dan lebih dari 9 jam sehari adalah sangat tidak bagus untuk tubuh badan.

Kesannya, anda mungkin akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan jantung yang seterusnya membawa kepada kematian di awal usia.


2. Makan daging merah dan proses terlalu banyak

Di atas kertas, memakan daging mungkin dilihat sebagai salah satu daripada diet yang sihat ekoran kandungan proteinnya yang sangat tinggi.

Pun begitu, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilannya terutama jenis daging merah dan daging proses kerana risiko yang dibawa.

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Menurut Harvard Men’s Health Watch, pengambilan daging jenis ini yang terlalu banyak dalam sehari akan meningkatkan risiko mati awal sebanyak 13%.

Sebagai alternatif, anda mungkin boleh gantikan ia dengan daging ikan yang dikatakan mampu menurunkan risiko ini sebanyak 7%.


3. Makan pedas mungkin boleh buat anda mati awal

Menurut Harvard Health, individu yang makan pedas setiap hari dan setiap kali waktu makan akan meningkatkan risiko kematian sebanyak 14%!

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Malangnya, di negara kita masakan pedas memang merupakan salah satu kebiasaan yang agak sukar untuk dielak atau dihalang kewujudannya.

Pun begitu, adalah wajar untuk anda sendiri cuba mengelakkannya dan tidak terpengaruh dengan trend makan pedas yang sedang tular kini.


4. Selalu mengabaikan waktu sarapan pagi

Semua orang perlu makan pada waktu tertentu dan kebiasaannya ia merangkumi 4 waktu makan yakni; sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Di antara 4 waktu ini, anda perlu tahu bahawa sarapan pagi adalah yang paling penting!

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Ini kerana kajian American Heart Association menyatakan bahawa individu yang tidak pernah tinggal sarapan pagi adalah mereka yang paling sihat.

Mereka cenderung mempunyai kadar kolesterol, sistem kardiovaskular dan tekanan darah yang stabil dan sihat berbanding yang selalu mengabaikannya.

Jadi mulai hari ini, tolong jangan lagi mengabaikan waktu sarapan pagi anda ya?


5. Duduk terlalu lama tingkatkan risiko mati awal

Terkejut? Ya, memang benar bahawa duduk terlalu lama juga mungkin mampu tingkatkan risiko kematian di awal usia ini terjadi.

Kajian British Medical Journal (BMJ) menyatakan bahawa risiko mati awal dapat dikurangkan dengan hanya mengehadkan waktu duduk anda selama 3 jam sahaja sehari.

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Ia mungkin agak mustahil dicapai bagi golongan pekerja pejabat yang akan duduk selama 8 jam atau lebih di hadapan komputer riba.

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk berehat sebentar daripada sebarang pekerjaan atau perbuatan yang memerlukan waktu duduk lama.

Jika anda adalah kaki menonton netflix di rumah, sila pertimbangkan perkara ini…


6. #Stayathome terlalu lama juga tingkatkan risiko?

Di era pandemik yang sedang melanda dunia kini, kita semua disarankan untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu sahaja.

Ya, ia adalah perkara paling tepat untuk dilakukan namun pertimbangkan juga bahawa duduk di rumah terlalu lama adalah tidak bagus.

StayAtHome Mungkin Punca Mati Awal ?

Menurut Environmental Protection Agency, udara yang terdapat di dalam rumah adalah kira-kira 2 ke 5 kali lebih tercemar daripada luar rumah.

Kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari juga akan membuat waktu tidur anda terganggu lantas meningkatkan risiko mati awal.

Sebaiknya di era pandemik ini, sila seimbangkan dengan baik waktu kalian berada di rumah dan luar rumah di samping mengamalkan tahap kebersihan dan kesihatan yang bagus!


artikel sumber : Hello Doktor

gambar sumber : Google

Catat Ulasan

0 Ulasan