Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 hingga Episod 15 (Akhir) | Drama tentang orang ketiga yang merampas kebahagiaan orang lain kini ditayangkan di slot Samarinda TV3 yang telah mula bersiaran sejak 21 Januari 2021. Drama Takdir Yang Tertulis dengan 15 episod yang diarahkan oleh pengarah popular iaitu Shahrilezad Mohameddin @ Budak Ijat dari Isnin hingga Khamis
Pelakon dan watak
Nazim Othman (Azlan), Nad Zainal (Juweta), Elvina Mohamad (Ruhila), Alvin Chong (Ean), Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, dan ramai lagi
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One
LAGU TEMA (OST) Drama Takdir Yang Tertulis
Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.
Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.
Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.
Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?
0 Ulasan