5 Tips Penjagaan Pakaian Berwarna Sebelum Di Cuci | Pakaian berwarna dan bercorak bunga jenis kain kapas memang sangat mudah untuk dijaga dan kalau ke majlis kenduri kita tidak perlu risau kalau terkena minyak kerana tidak terlalu jelas kelihatan tapi paling risau bila ianya kelihatan cepat pudar atau luntur warnanya.
5 Tips Penjagaan Pakaian Berwarna Sebelum Di Cuci |
Kita selalu tidak terlalu ambil tahu tentang penjagaan kain atau pakaian berwarna ni dengan mencuci tanpa mengenal pasti jenis kain dan cara yang terbaik untuk mengekalkan warna pakain tersebut dari luntur dan nampak pudar. Jadi min nak kongsi 5 tips penjagaan pakaian berwarna sebelum dicuci yang anda kena ambil tahu dan kenal pasti supaya pakaian kesayangan dapat bertahan lama.
1. Baca petunjuk label di baju
Pastikan anda membaca label yang terdapat di baju atau pakaian terlebih dahulu untuk memastikan cara yang disyorkan untuk mencuci samada boleh dicuci dalam mesin basuh atau hanya cucian tangan atau cucian kering (dry cleaning).
2. Guna sabun basuh yang sesuai dengan pakaian berwarna
Anda harus memilih sabun cuci yang sesuai dengan pakaian supaya warna pakaian anda tidak luntur. Paling penting sekali elak menggunakan peluntur walau terdapat kotoran yang susah untuk ditanggalkan dengan sabun cuci biasa.
3. Keluarkan baju bahagian dalam ke luar
Ini adalah antara cara untuk menggelakkan pakaian cepat pudar ketika dicuci dan mampu megurangkan kadar kerosakan pada bahagian luar baju. Ianya juga melindungi bahagian luar pakaian berwarna tersebut terlindung dari cahaya matahari secara langsung.
4. Membasuh pakaian/baju dengan air sejuk.
Air panas akan menyebabkan pakaian menjadi pudar dengan cepat. Anda tidak perlu khuatir jika terdapat kotoran pada pakaian kerana terdapat sabun pencuci yang sesuai yang boleh menghilangkan kotoran degil terutama sekali pada pakaian berwarna.
5. Cuka atau baking soda membantu mengekalkan pakaian berwarna
Cuka dapat mengunci warna pakaian agar tidak mudah luntur terutamanya kain berwarna merah dan biru. Caranya rendamlah pakaian anda dalam larutan 2 senduk cuka atau beberapa sudu baking soda ketika membilas.
0 Ulasan