Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan | Cenderahati adalah buahtangan atau ole-ole buat teman tersayang juga buat ahli keluarga sebagai tanda ingatan walau kita bercuti jauh dan sebagai balasan kita hadiahkan mereka sesuatu yang boleh membuat mereka tersenyum
Kadangkala kita buntu sebab tak tahu nak bagi apa tapi pastikan bila membeli cenderahati untuk mereka, kita tidak terbeban dengan kewangan. Maksudnya barangan yang dibeli tersebut biarlah cantik, berpatutan dan boleh digunakan mereka
1. Rantai kunci
Rantai kunci atau key chain adalah cenderahati paling popular saat melancong. Kepelbagaian reka bentuk dan mudah diperolehi menjadi barangan yang sering diberikan sebagai ole-ole. Rantai kunci ini memang sangat berguna dan boleh diingati sampai bila-bila.
Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan sumber Google |
Sekiranya tiada kesempatan membeli sewaktu bershopping di kota yang kita lawati, rantai kunci ini boleh didapati di lapangan terbang malah harganya pun agak berpatutan lebih-lebih lagi sekiranya dibeli dengan jumlah yang banyak
2. Baju T
Pemberian baju T biasanya untuk rakan yang membuat pesanan boleh dijadikan ole-ole untuk keluarga terdekat atau orang tersayang
Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan sumber Google |
Selalunya baju T yang dibeli mempunyai tanda kita telah berkunjung ke negara tersebut sebagai contoh baju Hard Rock Cafe Dubai, Hard Rock Cafe Saigon dan sebagainya atau simbol negara yang kita kunjungi.
Dengan pembelian yang banyak, kita boleh dapat baju T dengan harga yang lebih murah dan harga istimewa.
3. Fridge Magnet
Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan sumber Google |
Ini yang paling mudah dan cukup disukai dan di rumah min sendiri fridge magnet ni bersusun cantik di pintu peti sejuk. Walau tidak boleh dibawa ke mana sahaja seperti key chain dan baju T tapi kepelbagain corak dan warna yang menghiasi pintu peti sejuk sudah cukup menarik
4. Minyak Wangi
Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan sumber Google |
Lazimnya hadiah minyak wangi untuk teman atau orang istimewa atau keluarga terdekat. Namun ada minyak wangi yang harganya murah di sesetengah negara atau terdapat jualan murah ketika kita berkunjung.
Akan tetapi minyak wangi walau agak murah tetapi harganya tidak membolehkan kita membeli banyak untuk diberikan sebagai ole-ole kepada semua orang kecuali kita memang punya wang yang banyak.
5. Aksesori Lain
Idea 5 Barangan Cenderahati Sebagai Tanda Ingatan sumber Google |
Gelang manik, rantai, pen atau apa sahaja aksesori kecil turut menjadi cenderahati untuk dibwa pulang sebagai kenang-kenangan. Aksesori seperti ini boleh dibeli dengan banyak yang tidak akan menyesakkan ruangan dalam bagasi.
Apa bila diberikan sebagai cenderahati pasti ramai yang menyukai sebab ianya boleh dipakai bila-bila masa dan dimana sahaja. Meskipun jam tangan yang dibeli bukanlah yang asli namun barangan yang dibeli dari negara yang kita kunjung sebagai tanda ingatan kepada sahabat itu cukup memberi erti
0 Ulasan