Resepi Tart Telur Sedap Mudah Rupanya Untuk Dibuat | Kuih Tart Telur yang menjadi kesukaan min yang cukup mudah rupanya untuk dibuat. Jom kita buat tart telur sedap ni dan lepas ni tak perlu beli dah sebab dah boleh buat sendiri.
Resepi Tart Telur Sedap Mudah Rupanya Untuk Dibuat |
Bahan-bahan
1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning
Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit
Adunan ni ita buat 1/2 adunan aje sebab nak samakan dgn kuantiti shell yg dibuat.
Tart Crust atau Shell
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Resepi Tart Telur Sedap Mudah Rupanya Untuk Dibuat |
Resepi Tart Telur Sedap Mudah Rupanya Untuk Dibuat
Cara membuatnya:
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
- Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.
Cara memasaknya :
- bakar shell tart hingga kuning 3/4 masak sebab nanti kita nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.
- Lepas shell masak keluarkan dari acuan dan susun dlm tray
- Pas tu masa shell panas lagi dah letak adunan telur dan terus bakar dgn api atas dan bawah
- Selepas tart masak, biar sejuk dan terus simpan dlm bekas kedap udara dan letak dlm peti ais supaya tart terus rangup
- Tart akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
- Cungkil dgn pisau jika tart melekat atas tray.
Kredit Norazlita Aziz / Resepi Dapur Bidadari
0 Ulasan