Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadhan Ini

Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadhan Ini | Drama bersiri Yang Bakal Mati Ramadhan Ini bakal disiarkan di Awesome TV pada bulan Ramadan nanti. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.


Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadhan Ini

Tajuk : Yang Bakal Mati Ramadhan Ini 

Jumlah Episod : 22  | Waktu Siaran :  Isnin - Jumaat, 10:00 malam | Tarikh Tayangan : 12 April 2021

Pelakon : Keith Foo, Jaja Iliyes, Nazeera Sardi, Beego, Amar Asyraf, Bella Astillah, Nasir Bilal Khan , Lizza Abdullah, Isaac Iman

Pengarah : Eoon Shuhaini | Penulis Skrip : Puovin Sandera & Tommy Loh  | 

Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd


Barisan Pelakon Dan Watak

Keith Foo sebagai Mikhail

Jaja Iliyes sebagai Alana

Nazeera Sardi sebagai Natrah

Bella Astillah sebagai Zalia

Liza Abdullah sebagai Bibah

Amar Asyraf sebagai Amli

Beego sebagai Hasnul

Norreen Iman sebagai Lynn

Isaac Iman sebagai Azril

Hannah Qiasatinna sebagai Nurul

Beayqaa sebagai Sutra

Nurul Fatihah sebagai Risteena

Zalfa Zin sebagai Juliana


Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadhan Ini

Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.


Episod 1 - Pak Daus mula mendapat mimpi yang aneh tentang kematian seseorang dalam keluarganya. Nurul (anak Hasnul) telah menunjukkan video melibatkan aktiviti pembomohan Pak Daus sewaktu majlis hari jadi Azril.


Episod 2 - Pak Daus merasakan bahawa dia sedang mendapat petanda kematian ahli keluarganya. Alana merancang untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bersabar dengan sikap Mikhail.


Episod 3 - Hasnul berdepan dengan beberapa pelajar bermasalah yang selalu ponteng kuliah. Terkenal dengan sikap tegasnya, Hasnul bagaimanapun bersimpati dengan nasib seorang pelajar bernama Sutra.


Episod 4 - Alana pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Mak Bibah mula berkongsi pengalaman aneh Pak Dauz. Zalia menyokong Hasnul untuk membantu Sutra tanpa mengetahui Sutra mempunyai agenda lain


Episod 5 - Mikhail meminta maaf atas kesilapannya dan memujuk Alana agar terus bekerja di situ. Hubungan mereka semakin baik.

Catat Ulasan

2 Ulasan