10 Cara Untuk Tangani Teman Wanita Yang Tak Setia

10 Cara Untuk Tangani Teman Wanita Yang Tak Setia | Bukan semua perhubungan itu berakahir dengan ikatan ikatan perkahwinan dan terkadang ikatan perkahwinan bukan jua jaminan kita akan bersama hingga ke akhir hayat.  Sedih? Memang perasaan sedih dan mungkin boleh membuat kita hilang keyakinan diri bila kasih yang kita pupuk pada orang yang kita sayang tetiba dia pula berubah dan rupanya tidak setia malahan beralih kasih kepada sahabat kita sendiri.



Mendapat pasangan yang tidak setia bukan sesuatu yang luar biasa tapi sebagai lelaki kenalah cari cara untuk tangani teman wanita yang tak setia bukan dengan menagih kembali kasihnya umpama orang gila talak tapi tunjukkan pada dia kita mampu jadi lebih baik tanpa dia disisi.

Fasa bersedih, berduka mahupun hilang keyakinan bukan langkah yang baik kerana dunia belum berakhir malah mungkin itu satu titik permulaan untuk hidup lebih bermakna dan menjadi lebih baik. Mungkin sebaiknya anda cuba dengan langkah-langkah yang disenaraikan seperti yang berikut.


1. Ubah penampilan diri. Cuba ubah penampilan diri supaya tampak lebih bergaya dan punya karisma. Tunjukkan pada sidia dan orang sekeliling yang anda tidak terkesan dengan tindak tanduk sidia yang tidak setia.  Kalau dulu mungkin anda berpakaian mengikut kesukaannya tapi berubah yang sebaliknya tapi pastikan berubah lebh matang dan bergaya.


2. Jangan rendahkan maruah diri. Sekiranya dia tegar untuk tidak setia setelah berberapa lama berkawan, jangan sesekali anda merendahkan maruah dan diri dengan berusaha memenangi hatinya. Orang dah tak suka jadi tindakan cuba memenangi hatinya mungkin akan membuatkan anda nampak sangat tidak boleh hidup tanpa dia. Perbaiki diri supaya diri anda nampak lebih berharga dan istimewa.



3. Jangan tutup pintu hati. Ada sesetengah lelaki akan menutup pintu hati untuk mencari pengganti hanya kerana patah hati. Jangan! Cuba untuk mengenali gadis lain walau bukan dengan tujuan untuk perhubungan yang lebih istimewa tapi sebaiknya buka ruang hati mengenali dan mungkin ada diantara mereka tersebut sesuai dan serasi dengan anda.


4. Jangan berterusan meratapi. Sibukkan diri dengan pelbagai perkara yang lebih berfaedah yang boleh membuatkan anda lupa akan kehilangannya, luangkan lebih banyak masa dengan keluarga mahupun kawan-kawan dengan aktivit atau beriadah.


5. Sayangi diri. Kalau dulu selalu dahulukan teman wanita dalam berbuat sesuatu tapi sekarang fikirkan kepentingan diri sendiri adalah yang lebih baik. Mungkin membeli belah untuk mengubah penampilan seharian supaya tampak lebih berseri dan segak.


6. Pandang ke hadapan. Move on bak kata orang, jangan sesekali cuba mengingati kenangan lama atau masih melalui mengunjungi tempat-tempat yang pernah dilawati atau ke restoran yang pernah anda pergi bersama sidia. 


7. Masa untuk diri. Kalau dulu banyak masa diluangkan untuk sidia, sekarang luangkan masa untuk diri ‘me time’ dengan bersama kawan-kawan.  Lebih menarik kalau boleh pergi menonton wayang atau mungkin bercuti di pulau bagi menenangkan fikiran dan menghirup udara segar. Pastinya kawan-kawan pun turut tumpang gembira.


8. Jauhi media sosial. Adalah lebih baik anda jauhi atau hindari menjengah media sosial terutamanya Facebook, Instagram mahupun Twitter milik bekas teman wanita supaya hati tidak terasa sakit hati bilamana dia memuat turun gambar dia dengan kekasih baru atau mungkin status yang memburukkan diri anda yang pasti mengundang kemarahan.


9. Jangan lupa berdoa dan memohon padaNya. Tabahkan hati dan berdoa semoga anda bertemu teman wanita yang lebih baik tingkah lakunya, budi pekertinya, pandai menjaga maruah diri serta menghormati diri anda dan keluarga.


10. Memaafkan dirinya. Jangan sesekali berdendam atau memusuhi sidia, sebaiknya maafkan dia dan tak usah mengungkit apa yang telah kita berikan kepadanya tapi ikhlas dan redha dengan takdir serta lupakan kenangan bersamanya supaya hidup anda lebih tenang.


Catat Ulasan

0 Ulasan