10 Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu | Bercuti bersama keluarga dengan membawa anak yang masih kecil terutama ke tempat sejuk seperti di Cameron Highland atau Genting Highlands memang sangat mencabar dan sebaiknya perlu dirancang dengan teliti supaya nanti percutian sekelurga berakhir dengan kegembiraan dan kenangan indah.
10 Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu |
Sebagai ibu bapa, kita jangan memandang remeh tapi seharusnya menyediakan segala kelengkapan dan keperluan seperti yang disyorkan untuk travel bersama anak kecil ke Cameron Highlands.
1. Pakaian yang secukupnya
Anak kecil memang kena kerap tukar pakaian jadi pastikan pakaian yang dibawa adalah cukup dan lengkap dengan stokin, sarung tangan, lampin pakai buang serta baju sejuk yang berhud kerana anak kecil tidak akan berasa selesa bila berada didalam kesejukan.
2. Makanan secukupnya
Selain makanan seperti nasi goreng atau nasi berlauk, perlu disediakan makanan seperti snacks dan biskut untuk anak-anak kerana jemu berada didalam kenderaan pasti mereka akan merasa lapar dan ini boleh mengelak anak-anak mula membuat perangai.
3. Mainan
Kalau banyak berjalan pun anak kecil pasti membuat perangai dek kerana keletihan dan kebosanan jadi adalah lebih baik dibawa mainan yang sederhana saiznya ataupun sebaiknya mainan kegemaran anak.
4. Botol air minuman
Bawa botol air minuman dengan saiz yang sederhana (500ml) buat setiap orang supaya g mudah untuk dibawa atau dimasukan kedalam beg galas kerana cuaca di Cameron Highlands yang sejuk boleh mengeringkan kulit jadi sebaiknya minum air kosong sekerap yang boleh.
10 Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu
5. Baby carrier dan stroller
Adalah lebih mudah memgendong anak kecil dengan baby carrier dari menggunakan kereta sorong atau stroller yang pastinya tidak boleh digunakan di kebanyakan lokasi yang akan dilawati malah akan menjadi suatu bebanan pulak nanti. Tapi ada beberapa lokasi di Cameron Highlands yang boleh kita gunakan stroller.
6. Bawa beg galas
Sewaktu bersiar-siar dan melawat ke tempat menarik,.sebaiknya bawa sebuah beg galas yang boleh memuatkan keperluan si anak antaranya baju, lampin pakai buang, tisu basah, ubatan, botol air, biskut atau snacks dan sebuah beg lagi kelengkapan buat ibu seperti telekung, monopod dan kelengkapan yang perlu.
7. Bawa payung dan baju hujan
Cuaca di Cameron Highland tidak menentu dan kadang kala hujan turun walau tidak lebat tapi adalah sebaiknya kita sediakan payung ataupun lebih mudah bawa baju hujan untuk dipakaikan kepada anak kecil kita.
8. Ubat-ubatan
Sangat penting untuk kita membawa ubatan seperti ubat demam, koolfever, minyak angin, minyak gamat, Mopiko, Vicks dan Balm kerana bila berubah persekitaran dari cuaca panas ke cuaca sejuk, anak-anak mudah mendapat selesema dan demam malah dikhuatiri anak mungkin terkena gigitan serangga mahupun nyamuk
9. Berhenti untuk mengelakkan mereka jemu
Kalau kita sebagai orang dewasa pun boleh berasa letih dan jemu dalam perjalanan, apatah lagi buat anak kecil jadi adalah disarankan kita berhenti untuk meregangkan otot dan menyedut udara luar supaya anak-anak tidak berasa bosan dan jemu
10. Rancang perjalanan dengan teliti
Kalau boleh pastikan membawa anak kecil di luar waktu cuti umum dan cuti sekolah kerana ini mengelakan kita terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hingga membuatkan kita bosan dan yang pastinya anak-anak menjadi hilang mood dan mula membuat perangai. Sebaiknya mulakan perjalanan di waktu malam kalau perjalanan melebihi 6 jam kerana di waktu itu adalah waktu tidur atau keluar di waktu awal pagi atau sebelum subuh dan kita dapat memandu dengan tenang.
0 Ulasan