Geram Dengan Internet Lembab Di Rumah, Cuba 5 Tips Internet Pantas Pasti Puas Hati

Geram Dengan Internet Lembab Di Rumah, Cuba 5 Tips Internet Pantas Pasti Puas Hati | Siapa tak naik angin kalau tengah membuat kerja dari rumah, laptop atau desktop tiba-tiap sambungan internet perlahan dan lebih parah 'no connection' nak-nak pula waktu tengah bervideo call dengan klien. Jadi apa kata anda selidik kenapa sambungan internet di rumah boleh jadi begitu dan sebaiknya ambil langkah yang sewajarnya untuk mendapatkan kualiti sambungan.

Geram Dengan Internet Lembab Di Rumah, Cuba 5 Tips Internet Pantas Pasti Puas Hati

Artikel kali ini, admin nak kongsikan 5 tips internet pantas yang anda boleh buat untuk memastikan internet anda sentiasa mantap.


1. Semak kelajuan sambungan anda

Anda boleh lihat sebanyak mana gigabyte per saat disalurkan kepada anda. Hanya taip “Internet Speed Test” untuk membuat speed test internet secara percuma. Tekan “Run Test” untuk memulakan ujian kelajuan. Sekiranya anda lihat internet anda sangat lemah, boleh hubungi internet provider anda untuk mendapatkan lebih info mengenai masalah yang dilalui atau untuk mengetahui pakej internet lain yang mungkin lebih baik.


2.  Hadkan penggunaan dan bilangan pengguna internet di rumah.

Permainan video online adalah antara aktiviit yang banyak menggunakan bandwith network di rumah  begitu juga aktiviti seperti video streaming seperti Netflix, YouTube dan sebagainya. Sekiranya anda ada kerja penting yang perlu disiapkan dalam jangka masa tertentu, berbincang dengan ahli keluarga agara tidak menggunakan internet ketika itu atau kurangkan penggunaan internet daripada biasa


3. Hentikan penggunaan yang tak perlu

Tutup tab-tab yang tak digunakan dalam browser anda. Jangan lupa juga untuk memangkah program lain yang memerlukan internet.  Semakin kurang tab, window-window atau program-program yang memerlukan internet, semakin lancar dan lajulah internet anda.


4. Bekerja berdekatan router

Router ialah alat yang ‘menyebarkan’ internet melalui WiFi di rumah anda. Semakin hampir komputer atau apa sahaja peranti yang anda gunakan dengan router, semakin kuatlah sambungan atau signal yang anda dapat. Anda boleh lihat sekuat mana ‘tarikan’ internet dengan cara melihat berapakah bilangan bar WiFi dalam peranti yang anda gunakan.


5. Gunakan wayar untuk sambungan terus kepada router

Sekiranya WiFi anda tak begitu stabil, gunakan sambungan dengan wayar. Anda boleh plug in secara terus kepada router untuk mendapatkan signal yang terhebat dalam rumah.


Semoga tips yang dikongsi dapat membantu anda untuk mendapat sambungan internet yang pantas supaya dapat bekerja dengan tenang dan aman.


Catat Ulasan

0 Ulasan