Iklan Raya Yang Menjatuhkan Maruah Agama Islam

Iklan Raya Yang Menjatuhkan Maruah Agama Islam  | Cukup memalukan bila bila terdapat iklan ‘raya’ mempromosikan aktiviti perjudian, yang kini tular di media sosial dan lebih membuat orang ramai merasa marah apabila pelakon dalam video klip tersebut adalah orang Melayu beragama Islam.

Iklan Raya Yang Menjatuhkan Maruah Agama Islam 

KEMUNCULAN sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung sensitiviti umat Islam.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan selamba syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berkomunikasi dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube supaya menurunkan video itu yang mempromosikan aktiviti judi.

Iklan Raya Yang Menjatuhkan Maruah Agama Islam 


Iklan tersebut mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, sekali gus menyinggung sensitiviti umat Islam.

Berdurasi dua minit, iklan tersebut mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.


Catat Ulasan

0 Ulasan