Mengapa Ada Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil

Mengapa Ada Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil | Pasti ibu-ibu yang pertama kali mengandung berasa pelik dan risau bila ternampak ada satu garis hitam memanjang dari bawah perut hingga ke pusat.  Bila usia kandungan semakin membesar semakin jelas garis hitam tu. Jangan rungsing dan jom kita ketahui apakah maksud sebenar pada garis hitam atau dipanggil Linea Nigra di perut ibu mengandung supaya kita lebih memahami.

Mengapa Ada Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil

Tiada persamaan malah garis hitam di perut ibu mengandung bukan kesan regagangan atau lebih dikenali sebagai stretch mark

Garis hitam ini memang ada pada setiap orang dan dikenali sebagai linea alba iaitu garis putih namun ianya akan kelihatan nyata dan jelas pada ibu di saat si ibu mengandung dan warna garis ini pada setiap ibu berbeza mengikut warna kulit si ibu.

Mengikut pemerhatian, garis hitam ini menegak dari bahagian bawah pusta hingga ke bahagian kemaluan ini akan muncul di usia kehamilan 23 minggu atau di trimester kedua namun ianya mungkin berbeza bagi setiap orang.


Mengapa Ada Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil

1. Garis hitam bukan kesan regangan

Adalah sangat normal atau biasa bagi seorang ibu mengandung memiliki garis hitam di perut. Semakin kandungan membesar maka garis hitam akan lebih jelas kelihatan dan ada sesetengah ibu mengandung akan mendapati garis hitam di perut adalah lebih hitam.  Lazimnya ini terjadi kepada perut ibu mengandung yang mempunyai kulit yang lebih gelap.


2. Bagaimana Garis Hitam Terjadi di perut ibu mengandung?

Garis hitam pada perut terjadi disebabkan oleh perubahan pada horman ibu mengandung.  Peningkatan hormon estorgen dan progesteron merupakan faktor utama garis hitam ini timbul.  Perubahan hormon ini juga membuatkan melanin iaitu pigmen warna bertindak  membuat kulit beransur gelap malah kalau diperhati hormon ini juga adalah penyebab perubahan warna di sekitar puting susu (areola) menjadi kecoklatan dan lebih gelap bergantung pada warna kulit seseorang ibu mengandung.


3. Warna Garis Berbeza Bagi Setiap Ibu Mengandung

Garis di perut sebenarnya dimiliki semua orang cuma setiap orang berbeza warnanya mengikut warna kulit.  Bagi ibu yang berkulit gelap garis hitam ini akan jelas gelapnya yang dipanggil linea negra dan bagi ibu yang berkulit cerah garis ini kelihatan putih yang disebut linea alba.


4. Tidak berbahaya kepada ibu dan kandungan

Garis hitam pada perut ibu mengandung ini langsung tidaklah merbahaya kepada ibu mahupun pada kandungan.  Apa yang penting ibu yang mengandung perlu menjada kesihatan badan dan bayi dalam kandungan selama tempoh mengandung hingga tiba waktu kelahiran


5. Garis hitam hilang selepas melahirkan

Bagi sesetengah ibu, garis hitam ini akan hilang dengan sendirinya selepas melahirkan samada lambat atau cepat tidak dapat dipastikan tetapi dianggarkan lebih kurang dalam jangka 3 hingga 4 bulan selepas kelahiran. Bagi ibu-ibu yang berkulit agak gelap, garis hitam ni agak lambat tapi tidak sebaliknya kepada ibu-ibu yang berkulit cerah.  Jadi sebaiknya hindari terkena sianran matahari secara langsung atau gunakan krim pencerah kulit. Harus diketahui bahawa garis hitam ini akan muncul apabila sekiranya kembali mengandung.


Adalah tidak benar sama sekali tentang anggapan dan ramalan garis hitam pada perut ibu mengandung adalah penentu akan jantina bayi dalam kandungan. Dikatakan sekiranya garis membentang dari tulang kemaluan hingga ke pusat, bayi tersebut adalah perempuan dan sekiranya membentang sehingga ke bawah tulang rusuk, bayi yang bakal lahir adalah lelaki. Ada juga yang mengatakan jika garis hitam kelihatan pada perut ibu mengandung, bayi yang bakal lahir adalah bayi lelaki. Jangan percaya mitos ini ya takut nanti ada ibu mahupun bapa makan hati kerana terlalu berharap!


Catat Ulasan

0 Ulasan