Pemansuhan UPSR Berkuatkuasa Tahun 2021, PT3 Dibatalkan

Pemansuhan UPSR Berkuatkuasa Tahun 2021 | Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya dengan penerapan dua kaedah pentaksiran bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah dan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS).

Walaubagaimanapun PT3 dibatalkan pada tahun 2021 dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan, khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.




"Jika kita lihat, keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh. Dan kita mengambil kira keadaan semasa bahawa, tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.

Untuk rekod, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19 pada tahun 2020.

“Kemasukan asrama adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Selari dengan itu, Pertaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga dimansuhkan,”katanya pada sidang akhbar khas di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya, kaedah pentaksiran murid Tahun Enam dibahagikan kepada dua iaitu Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang menumpukan tiga elemen utama termasuk kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan.

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula pada tahun ini.



Apakah Kesan Daripada Pemansuhan UPSR ?


Noorizal Zakaria pengerusi GPMS Negeri Perlis 

Jika peperiksaan UPSR dimansuhkan, pihaknya melihat kebanyakkan murid akan ke sekolah tanpa hala tuju, belajar atas sebab keperluan sahaja sementara kualiti dan tahap pelajar serta sekolah tidak dapat diukur.

'jadi tiada sebab untuk belajar berusungguh-sungguh dan pandai. Cikgu juga akan bersikap sambil lewa waktu mengajar atas sebab tiada penekanan terhadap peperiksaan pertama di peringkat nasional', katanya kepada Sinar Harian.



Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar

"UPSR masih penting dan diperlukan untuk menilai tahap pengukuhan akademik terutama dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta bukan akademik termasuk kemahiran setiap murid.

“Bagi saya, ia wajar dikekalkan kerana masih relevan bagi penarafan murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah"

Seterusnya,pemansuhan UPSR ini akan mengurangkan pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan formal sebenar sekolah hanya satu kali sahaja selepas belajar sebelas tahun lamanya. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Peperiksaan itu penting bagi menilai pencapaian murid di peringkat sekolah rendah.

 


Apa pula pendapat anda?

Catat Ulasan

0 Ulasan