5 Faktor AlQassam Bridged Tentera Hamas Di Geruni Zionis

5 Faktor AlQassam Bridged Tentera Hamas Di Geruni Zionis | Seperti tahun lalu, dunia dikejutkan dengan serangan tentera Zionis keatas Palestin di akhir bulan  Ramadan sewaktu kita semua sibuk dalam persiapan akhir menyambut bulan Syawal dan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan namun sebaliknya pada penduduk Palestin


Al Qassam
5 Faktor AlQassam Bridged Tentera Hamas Di Geruni Zionis

Serangan demi serangan dari pihak Zionis laknatullah dibalas kembali oleh tentera Briged Al-Qassam yang merupakan sayap ketenteraan Harakat al-Muqawamah al-Islamiyah (HAMAS). Tentera ini dikatakan sangat digeruni oleh tentera Zionis berikutan kejayaan mereka yang mampu bertempur dengan rejim tersebut biarpun teknologi ketenteraan milik mereka tidak secanggih tentera Zionis.


Bagaimana tentera Briged Al-Qassam wujud?

Gelaran Al-Qassam diambil bersempena nama Sheikh Izzudin Al-Qassam, seorang ulama dari Jableh, Syria yang ‘dibuang’ ke Palestin (pada tahun 1921) kerana telah melakukan gerakan bersenjata menentang penjajah Perancis yang menjajah Syria.

Di Palestin, ulama ini juga menentang usaha kerajaan British yang pernah merancang untuk menjadikan Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi. Namun disebabkan tindakan itu, beliau akhirnya ‘syahid’ pada tahun 1935 setelah dibunuh oleh tentera British.


5 Faktor AlQassam Bridged Tentera Hamas Di Geruni Zionis

Syarat kemasukan anggota Briged Al-Qassam

Kisah ulama ini telah mencetuskan revolusi gerakan bersenjata di Palestin. Lantaran itu, Briged Al-Qassam secara rasminya ditubuhkan pada 1987 oleh pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh untuk mempertahankan bumi Palestin daripada serangan Israel. Bagi memasuki Al-Qassam, mereka perlu memenuhi kehendak syarat seperti:


1. Direstui ibu bapa untuk bersedia syahid bila-bila masa.

2. Mesti melakukan solat Subuh berjemaah selama tiga bulan berturut-turut dan disahkan oleh imam masjid setempat.

3. Tidak pernah bermaksiat serta merokok.

4. Diwajibkan mempelajari Tafsir Al-Quran dan menghafaz 40 Hadis Arba’in.

5. Melazimi bacaan zikir harian, berpuasa sunat dan bertahajud.

6. Memiliki kecerdasan yang tinggi dan sentiasa beriadah.

7. Sentiasa menghadiri majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

Lumrah kehidupan, agama Islam sering kali dianggap ‘terrorist’ dan tempias Islamophobia itu juga dikaitkan dengan Briged Al-Qassam yang sering digelar sebagai pengganas dan militan oleh pihak media ‘Barat’.

Namun dakwaan media itu hanyalah untuk mengaburi mata penduduk di seluruh dunia. Bagi pejuang Al-Qassam, niat mereka hanya satu iaitu memerangi musuh mereka terutamanya tentera Zionis Israel.

“Musuh kami menceroboh dan merosakkan tanah kami. Tidak cukup itu, mereka juga punca kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu.

“Jadi, peperangan akan tercetus apabila ada musuh yang cuba menceroboh Palestin,” kata salah seorang tentera Al-Qassam yang pernah ditemu ramah oleh wartawan Astro Awani pada tahun 2012 yang lalu.


Berharap pertumpahan darah di Palestin ini segera berakhir dan diminta semua pemimpin negara Islam bersatu-padu membantu Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel Laknatullah.


5 Sebab Kenapa Briged Al-Qassam Ditakuti Tentera Israel

1. Keberanian Komando Al-Qassam Dalam Strategi Peperangan

Serangan darat Komando Al-Qassam telah berjaya membunuh sebahagian besar tentera Israel. Segala operasi yang dilakukan adalah secara tersusun dan terancang, dan mesti dilakukan dalam tempoh masa dua minit. Dalam masa dua minit itulah mereka gunakan untuk menyerang dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.


2. Penubuhan Skuad Amfibia Al-Qassam.

Bukan sekadar laluan di darat, Briged Al-Qassam juga mempunyai kekuatan melalui jalan laut. Dengan penubuhan Skuad Amfibia, buat pertama kali dalam sejarah Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Sebuah kem ketenteraan berjaya dimasuki oleh skuad tersebut dan seterusnya melancarkan serangan darat secara berdepan.


3. Roket R-160 Yang Mampu Sasar Jauh

Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, namun Briged Al-Qassam tetap mampu menghasilkan roket yang mampu membedil sistem pertahanan Israel. Roket R-160 ini dikatakan mampu menjangkau sehingga jarak 160 kilometer dan ia telah berjaya dilancarkan ke Haifa, iaitu bahagian paling utara di Israel. Memang jauh roket ni boleh pergi.


4. Senjata Penembak Tepat ‘Ghoul’ Buatan Sendiri

Memang tidak dinafikan mereka pakar dalam pembuatan senjata sehingga dapat menghasilkan senjata penembak tepat atau sniper yang diberi nama ‘Ghoul’. Dikatakan tembakan senjata ini boleh mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Nak dibandingkan dengan sniper biasa, boleh capai jarak 1 kilometer sahaja. Senjata ini juga dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.


5. Pelancaran Pesawat Tanpa Pemandu

Sebuah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam diberi nama Ababil ini pernah membuat tinjauan udara di kawasan yang dijajah Israel. Kehebatan dalam penghasilan pesawat ini diakui sendiri oleh Israel sehingga terpaksa menanggung rugi dan malu. 


Jadi itulah 5 sebab kenapa Briged Al-Qassam, selaku sayap ketenteraan Hamas ini digeruni oleh pihak Israel. Semoga penderitaan rakyat Palestin akan berakhir segera dan mendapat kembali tanah tempat tinggal mereka. Kita doakan kemenangan buat umat Islam di Palestin.

Catat Ulasan

0 Ulasan