5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
Antara produk yang dikaitkan dengan Israel adalah seperti Mc Donals, Starbucks, KFC, Nestle, Adidas dan banyak lagi. Bulan mulia Ramadan sekali lagi dicemari oleh puak Zionis dengan serangan senjata serta pencerobohan oleh tentera Israel ke atas tanah Palestine.
Ketegangan memuncak ini berpunca selepas tentera israel menceroboh masuk dan menyerang masjid Al-Aqsa serta melakukan serangan ke atas orang awam Palestin sehingga mengorbankan nyawa penduduknya. Bila ianya berlaku, maka orang ramai di seluruh dunia mula memboikot produk-produk seperti McDonalds, Starbuck dan lain-lain sebagai membantah kekejaman tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan.
Tahukah anda, terdapat 5 syarikat teknologi ternama berpangkalan di Israel menjadikan negara Zionist tersebut memiliki kepakaran dalam bidang teknologi yang mana aplikasi ini diguna dan berguna untuk kita semua.
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel
1. Waze
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
Waze, platform pandu arah yang cukup popular di kalanang rakyat Malaysia untuk kegunaan sehari-hari yang cukup membantu sampai ke destinasi walau terkadang tersasar juga para penggunanya. Waze, dulunya dikenali sebagai FreeMap Israel yang dibangunkan oleh Ehud Shabtai, Amir Shinar dan Uri Levine dalam tahun 2007 di Tel Aviv.
Waze juga menjadi syarikat aplikasi dari Israel pertama yang dibeli lebih dari USD1 bilion.
Walaupun Google telah membeli Waze pada Jun 2013 dengan nilai USD1.2 bilion, tetapi pejabat utama mereka masih kekal beroperasi di dalam israel iaitu di Tel Aviv-Yafo, IL.
2. Viber Messenger
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
Aplikasi sembang sosial alternatif kepada WhatsApp, Skype dan Facebook Messenger yang diibangunkan oleh Michael Shmilov yang berasal dari israel.
Viber merupakan aplikasi sosial nombor satu di dalam Israel serta tersenarai di tangga ke 6 sebagai aplikasi sembang sosial paling popular di dunia.
Berdasarkan kepada data Statista, pengguna aktif Viber adalah dianggarkan seramai 260 juta pengguna sebulan.
Viber berkembang pesat selepas syarikat itu dibeli oleh syarikat Jepun iaitu Rakuten pada harga USD900 juta pada tahun 2014 dahulu.
3. WIX.com
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
WIX.com adalah sebuah platfom dalam membangunkan laman sesawang secara percuma. Ia amat popular dikalangan pengguna internet yang mahu membangunkan laman sesawang mereka sendiri dengan mudah.
Sepertimana Waze, WIX juga bermula dalam tahun 2006 dahulu dan syarikat tersebut berpangkalan di Tel-Aviv, israel.
Wix juga memiliki pejabat-pejabat bagi menjalankan operasi mereka di beberapa buah negara besar lain seperti Amerika Syarikat, Brazil dan German.
4. Check Point Software
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
Check Point Software adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang juga berpangkalan di Tel Aviv, IL. Syarikat ini memfokuskan perkhidmatan seperti teknologi awan dan pembangunan perisian keselamatan. Ia tersenarai di tangga ke dua sebagai sebuah syarikat terbesar israel selepas Wix.
Nilai pasaran syarikat tersebut dianggarkan bernilai USD15.95 bilion.
Sumber: Companies Market Cap
5. MyHeritage
5 Syarikat Teknologi Ternama Berpangkalan Di Israel |
MyHeritage merupakan platfom dalam talian yang membolehkan pengguna internet menyimpan dan berkongsi sejarah keluarga mereka. Ia dapat mencari saudara mara pengguna dengan mengimbas latar belakang individu yang mempunyai kaitan keluarga menerusi maklumat peribadi serta rekod pangkalan data penggunanya seperti kaum, negara, bangsa, bahasa, agama dan lain-lain.
*Sumber: Wiser
0 Ulasan