Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku 26 Mei 2021

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku 26 Mei 2021 | Pasti ramai yang tertunggu untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ke 4 dan terakhir pada tahun ini yang akan berlaku pada 26 Mei 2021 sekitar jam 7:18 petang di ufuk timur  dan akan berakhir pada jam jam 8:53 malam

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Fenomena Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun ini.



Istilah "Supermoon" berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.

Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa



Seluruh umat Islam yang menyaksikan gerhana ini disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan selepas solat fardhu maghrib. 

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini.

sumber : FB Jabatan Mufti Selangor

Terdahulu, fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka akan muncul pada Khamis, 7 Mei, jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala.

Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei.

Pada Mac lalu, warga dunia telah pun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm’s Moon dan diikuti Pink Moon pada April.

Namun, perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.

Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon).

Lebih menarik lagi, Super Flower Moon ini juga dikenali sebagai Bulan Festival Wesak bersempena dengan kelahiran Gautama Buddha serta permulaan musim bunga yang subur.

sumber : Astro

Catat Ulasan

0 Ulasan