Jom Bantu Rakyat Palestin Dengan Menyertai Penajaan Keluarga Miskin

Jom Bantu Rakyat Palestin Dengan Menyertai Penajaan Keluarga Miskin | Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gaza berada di ambang ‘bencana kemanusiaan’ dan sejuta penduduk Palestin akan berhadapan kebuluran tidak lama lagi.


Tanpa bantuan luar, Gaza yang mempunyai hampir dua juta penduduk dan menghadapi kepungan rejim Zionis dan Mesir selama 12 tahun bakal menjadi wilayah paling teruk terjejas.

“Kes senario paling buruk adalah kami tidak mampu terus memberi makan kepada separuh penduduk Gaza.”

“Kami terpaksa menutup sekolah, penduduk tiada akses kepada sistem penjagaan kesihatan dan kami perlu kurangkan pekerjaan,” kata pengarah pejabat UNRWA Washington DC, Elizabeth Campbel.


Sumber: Berita Harian Online


Jom Bantu Rakyat Palestin Dengan Menyertai Penajaan Keluarga Miskin


Jumlah terkini keluarga miskin Palestin yang masih mencari penaja adalah sebanyak 212 keluarga.

Dengan RM 100/bulan, anda akan dapat menampung keperluan hidup keluarga ini di samping beroleh pahala yang bakal menjadi pelaburan terbaik untuk akhirat di mana sebuah keluarga memerlukan 5 penaja bersamaan RM 500 sebulan untuk membantu mereka.

Kami membuka ruang kepada seluruh masyarakat untuk bersama-sama dalam menaja Keluarga Miskin Palestin.


Bagi yang ingin menderma, boleh klik di link AmanPalestinlabuan.onpay.my


Sekiranya anda mempunyai permasalahan pembayaran / pertanyaan,  boleh hubungi nombor berikut:

019-982 7018 (Cik Norafidah) | 087-413250 (Pejabat)


Catat Ulasan

0 Ulasan