7 Tip Diet Pemakanan Buat Ibu Hamil Yang Ada Diabetes

7 Tip Diet Pemakanan Buat Ibu Hamil Yang Ada Diabetes |Diabetes boleh terjadi kepada sesiapa termasuklah wanita mengandung. Jika anda salah seorang daripadanya, maka sila amalkan diet untuk ibu hamil dengan kencing manis.


Persoalannya, bagaimanakah cara yang betul untuk tujuan tersebut? Adakah ibu hamil itu perlu jaga makan dan minum seperti pesakit diabetes yang lain juga?




Ya, penderita diabetes gestasi tidak boleh sebarangan mengambil diet pemakanan untuk jaga kesihatan diri dan bayi. Jom teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui diet untuk ibu hamil yang diabetes!


Diabetes & ibu hamil

Diabetes gestasi adalah penyakit kencing manis ketika hamil yang bermula semasa minggu ke-24.


Kondisi ini akan mempengaruhi sistem tubuh badan dalam hal menggunakan glukosa lantas menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah buat si ibu hamil.


Kebiasaannya, kadar glukosa ini akan kembali normal selepas bersalin, namun masih wujud risiko di mana ibu hamil menghidap kencing manis jenis 2 pula kelak.


Jika keadaan kesihatan ini tidak berjaya dikawal dengan baik, maka akan terjadi masalah kepada si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jadi, sila urus kondisi ini dengan baik!


Apa simptom diabetes gestasi?

Untuk pengetahuan anda, diabetes gestasi mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom dan hanya dapat dikesan melalui ujian saringan penyakit itu.


Pun begitu, sesetengah ibu hamil juga mungkin akan mengalami beberapa simptom jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu tinggi termasuklah:


Kerap haus

Kerap kencing

Cepat penat

Mulut kering


Apa yang mungkin mengelirukan di sini adalah kesemua simptom di atas juga merupakan gejala biasa berlaku ketika kehamilan. Jadi, sila buat pemeriksaan doktor, ya!


Apa punca diabetes gestasi?

Sekiranya tubuh badan wanita mengandung tidak dapat menghasilkan insulin dan memanfaatkan glukosa dengan baik, maka diabetes gestasi boleh terjadi.


Dalam pada itu juga, keadaan kesihatan ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor risiko yang mungkin wujud pada diri seorang ibu hamil termasuklah:


Berusia 25 tahun ke atas

Sejarah ahli keluarga dengan diabetes

Pernah ada kondisi kencing manis

Berat badan berlebihan (BMI 30 ke atas)

Mengandung bayi yang lebih berat

Mengalami sindrom polisistik ovari

Menghidap intoleransi glukosa

Mengambil ubatan tertentu seperti glukokortikoid (untuk asma atau penyakit autoimun), beta-blockers (untuk tekanan darah tinggi atau kadar jantung laju) atau antipsikotik (untuk masalah penyakit mental)

Anda mungkin berisiko untuk mengalaminya jika ada faktor-faktor risiko di atas. Jadi, sila berjumpa dengan doktor segera untuk buat pemeriksaan.


Bagaimana untuk mengawal kondisi ini bagi mengelakkan komplikasi lain? Jawapannya adalah mengamalkan diet untuk ibu hamil dengan kencing manis!


#1. Jangan makan terlalu banyak

Sebagai contoh, anda boleh ambil 3 hidangan maksimun dalam masa sehari agar masih dapat nutrisi dan elak kadar gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.


#2. Lebihkan mengambil serat

Anda mungkin perlu lebih banyak mengambil serat daripada roti, nasi, barli, kekacang atau bijirin lain agar mampu mengekalkan kadar glukosa dalam tubuh badan.


kredit : Hello doktor

Catat Ulasan

0 Ulasan