Tahukah ada, Google telah memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna servis storan Google Drive menyekat pemilik akaun Google lain daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive mereka. Ciri baru diperkenalkan adalah bagi menangani isu spam di dalam storan awan Google.
Berikut adalah langkah bagi pemilik untuk menyekat akaun Google selain dari pemilik daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive anda:-
1. Pergi ke laman drive.google.com
2. Pilih fail yang ada dalam Google Drive anda dan klik butang kanan tetikus
3. Pada tetingkap menu seperti rajah di bawah, klik pada Block yang memaparkan nama akaun Google yang menghantar fail kepada anda.
4. Seterusnya klik pada butang Block untuk mengesahkan.
Tetapi sekiranya anda ingin membatalkan sekatan ke atas akaun tersebut, berikut adalah langkah-langkahnya:-
1. Klik pada gambar profail akaun Google anda.
2. Klik pada Manage your Google Account.
3. Kemudian klik pada People & sharing dan klik Blocked di bahagian Contacts.
4. Di dalam Blocked akan dipaparkan nama pengguna yang telah anda sekat. Untuk membatalkan sekatan klik > dan klik pada tanda pangkah. Selesai.
Ciri sekatan ini juga boleh dibuat terus dari aplikasi Drive di dalam peranti pintar Android dan iOS dengan melalui proses sama seperti cara di atas.
Cuma apa yang perlu anda maklum adalah, apabila anda menyekat pengguna tersebut, anda juga tidak akan dapat berkongsikan fail dengan akaun yang telah disekat itu.
Kecuali jika anda membatalkan sekatan tersebut terlebih dahulu.
Untuk info lebih lanjut tentang ciri sekatan ini, layari laman sokongan Google Drive Help.
0 Ulasan