Permohonan Rumah Ikram Keluarga Malaysia Sewa Serendah RM124 Bantu Rakyat Terkesan Akibat Covid-19

Permohonan Rumah Ikram Keluarga Malaysia Sewa Serendah RM124 Bantu Rakyat Terkesan Akibat Covid-19 | Rumah Ikram Keluarga Malaysia merupakan program khusus dengan menggunakan kemudahan Projek Perumaha Rakyat (PPR) sedia ada di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT. 

Rumah Ikram Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 September 2021.

Kelebihan Program Rumah Ikram

Rumah Ikram menjadi teduhan kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan atau mungkin juga kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi. 

Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah 2000 unit lagi yang akan memberi manfaat kepada 10,000 isi rumah yang memerlukan.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Penerima akan menerima pengecualian sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Pengecualian bayaran sewa akan ditanggung oleh kerajaan  yang melibatkan perbelanjaan peruntukan 3 juta ringgit.

Program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada diteruskan sehingga  akhir tahun 2022. 

Langkah ini akan memberi manfaat kepada 50,000 penghuni PPR dengan tanggungan kerajaan RM 18.84  juta. 


Kadar Bayaran Sewa

Bayaran sewa bagi rumah Ikram adalah sama sebagaimana bayaran sewa untuk rumah PPR iaitu RM124 sebulan.

Namun, kerajaan memberikan pengecualian sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.


Ciri-ciri Rumah Ikram

Rumah Ikram merupakan kediaman berstrata antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar atau pinggir bandar.

Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres

Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi

Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas:

Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai

Surau/Ruang Solat

Gerai Makan/Ruang Niaga

Tadika

Kemudahan OKU

Taman Permainan/Kawasan Lapang

Rumah Sampah

Senarai Projek Rumah Ikram

Projek yang terlibat adalah seperti berikut:

PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur

PPR Lembah Subang 2, Selangor

PPR Amanjaya, Kedah

PPR Kota Setar, Kedah

PPR Sinar Intan 3, Kedah

PPR Kota Bharu, Kelantan

PPR Gua Musang, Kelantan

PPR Sg. Melana 2, Johor



Syarat-syarat Permohonan

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

Cara Memohon Rumah Ikram

Permohonon secara dalam talian (online) telah dibuka menerusi laman rasmi https://teduh.kpkt.gov.my.


Terdapat 2 kategori permohonan iaitu;

  • Pemohon pertama kali
  • Pemohon sedia ada.


Sila rujuk infografik di bawah untuk memohon.



Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline di talian 03-8891 4475. 


sumber : https://bantuanrakyat.my/rumah-ikram-keluarga-malaysia/

Catat Ulasan

0 Ulasan