13 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 8 Bermula 21 November 2021

13 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 8 Bermula 21 November 2021 | Senarai penuh para artis yang bakal berentap pada GV8 yang menjadi teka-teki telah terjawab dengan pengumuman rasmi dari pihak Astro.


13 peserta Gegar Vaganza 2021 musim ke-8 (GV8) yang terpilih terdiri daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang cukup dikenali di negara masing-masing turut menempa nama di Malaysia.  

Mereka yang sah akan muncul di GV8 terdiri enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. 


Peserta Solo Lelaki Gegar Vaganza 2021 GV8 

Shidee, Datuk Fazley Yaakob, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Aweera, Azan Scan


Peserta Solo Wanita Gegar Vaganza 2021 GV8

Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil


Peserta Duo Dan Berkumpulan Gegar Vaganza 2021 GV8

Nico dan Apek & Yassin


Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Gegar Vaganza buat kali kelapan berturut-turut. Juri Tetap Gegar Vaganza 2021 masih lagi Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Format Pemarkahan Dikekalkan GV8 turut mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti tahun lalu iaitu 100 peratus juri dari profesional. 

Konsert GV8 akan bersiaran selama 10 minggu bermula 21 November 2021 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan