Drama Cukup Derita Itu 2

Drama Cukup Derita Itu musim kedua, karya novelis Siti Rosmizah akan bermula 15 November ini jam 10 malam di slot Samarinda TV3.



Judul : Cukup Derita Itu 2 | Episod : 20

Tarikh mula tayang : 15 November 2021

Waktus Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam

Saluran : Samarinda TV3

Penulis Skrip : Falriqz Naail, Zuyyin

Pengarah : Along Kamaludin | Produksi : SR One Sdn Bhd


Pelakon Dan Watak

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana

Lia Natalia sebagai Salwa

Didie Alias sebagai Mak Yek 

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Rosnah Johari sebagai Datin Mahani

Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis

Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah

Sera Melissa sebagai Ayu

Mubarak Majid sebagai Mat Terup

Fahrin Ahmad sebagai Fariz

Farhan Asri sebagai Amirul 


Lagu Tema (OST)

CukupDeritaItu - Siti Nordiana

Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz


SINOPSIS CUKUP DERITA ITU 2

llani (Ruhainies) telah bernikah dengan Zarul (Hisyam Hamid) walaupun Ellani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki yang hampir menikahi kakak kembarnya, Ellana (Chacha Maembong). Sejak kecil, Ellani dan Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) tidak menerima layanan yang sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Hanya Datin Mahani dan Salwa yang menjadi tempat Ellani menagih kasih sayang dan simpati. 

Konflik timbul apabila Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana telah berubah hati akibat sebuah kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekaligus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana. Malahan, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Lantaran itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani. 

Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya. Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul dengan cara apa pun, hanya untuk memastikan Ellani terus menderita dalam hidupnya. Dalam pada masa yang sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan