Bila nampak ada pengumuman atau pemberitahuan tentang kematian, maka kita akan lihat ramai yang mengucapkan takziah dan AlFatihah. Namun tahukah kita sebaik-baiknya kita ucapkan Innalil Lahi wa inna ilyhi raji'un نَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,
Ucapan takziah yang kita lafazkan akan mmberikan ketenangan kepada keluarga si mati, dan kita berharap ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan kesabaran dan berdoa agar simati dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Ada beberapa ucapan takziah yang sebaiknya dimulakan dengan نَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, dan kata semangat yang boleh di ucap atau di lafazkan secara bertulis sebagai doa buat mereka untuk mereka rasa lebih tenang dan mengingatiNya.
Ucapan 1
Takziah di atas pemergian ibu / bapa/ anak/ mertua/ saudara tercinta. Semoga roh nya dicucuri rahmat.
Ucapan 2
Takziah di atas pemergian insan tercinta. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Salam Takziah (nama sahabat) atas kehilangan insan tercinta hari ini. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini, dan Ku mohon agar Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.
Salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah.
Ucapan #3
Al-fatiha buat arwah (nama si mati) dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta di masukkan ke dalam syurga, Amin ya Rabbal Alamin.
Ucapan #4
Salam takziah buat sahabat (nama) saya yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada (tarikh kematian). Semoga anda sabar dan tabah dalam menghadapai dugaan ini. Sesungguhnya Allah lebih sayang dia dan semoga beliau (nama si mati) di tempatkan dalam kalangan para soleh / Solehin.
Ucapan #5
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Semoga setiap amalannya diterima oleh Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah.
Ucapan #6
Semoga Allah merahmati arwah (nama si mati), muliakanlah kematiannya serta lapangkanlah kuburnya. Sesungguhnya kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal abadi, biarlah beliau rehat di sana setelah berpenat di dunia ini. Semoga beliau di tempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa.
Ucapan #7
Salam takziah, semoga setiap amalan arwah (nama si mati) di dunia menjadi bekalan di akhirat nanti. Dan diharapkan setiap dosanya semasa hidup dapat di ampuni oleh Allah. Jika ada kesalahan yang pernah dilakukan secara sengaja atau tidak harap di ampunkan, sesungguhnya manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Semoga keluarga arwah tetap tabah dan sabar dalam hadapi semua ini.
Ucapan #8
Salam takziah buat ahli keluarga (nama si mati), sesungguhnya Allah telah menarik segala kesakitan yang di hadapi oleh beliau sepanjang beliau melawan sakitnya selama ini. Sesungguhnya Allah mahukan beliau berehat di sana yang kekal abadi. Semoga beliau aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada ahli keluarganya yang sentiasa sabar menjaga beliau dengan ikhlas kerana Allah.
Ucapan #9
Ya Allah, kau ampunilah dosa arwah (nama si mati) lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat untuk berehat arwah berehat selama-lamanya. Berikanlah kesabaran kepada ahli keluarga arwah dan semoga arwah di tempat kan dalam kalangan hamba yang bertaqwa.
Ucapan #10
Al-fatiha buat ahli keluarga (nama si mati). Semoga ahli keluarga arwah tetap sabar dan redha dengan pemergian arwah. Ampunilah, rahmatilah dan ampunilah segala kesilapan yang pernah arwah lakukan secara sengaja atau tidak. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga setiap amal yang dilakukan diberkati oleh Allah. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.
Hukum Ucapkan Takziah Dalam Islam
Diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377)
Ucaplah Ucapan Takziah Kematian Islam Dengan Cara Yang Baik
Hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang di tuntut. Hukum takziah di dalam Islam adalah sunat dan digalakkan untuk menulis ucapan takziah dengan lafaz Bismillah.
Setiap ucapan ada tutur caranya supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang fitnah atau membuat seseorang itu terasa hati. Islam itu indah dan mudah. Setiap perbuatan perlulah mengikut tutur caranya. Itulah serba sedikit contoh ucapan takziah kematian Islam untuk perempuan dan lelaki. Ucapan ini bolehlah diucapkan sama ada melalui facebook, instagram, whatsapp, kad atau sebagainya.
Baca juga maksud khairat kematian dan manfaatnya untuk umat Islam dan empat golongan yang haram disentuh oleh api neraka.
Sumber :
Mufti WP https://muftiwp.gov.my/
0 Ulasan