Selamat Tahun Baru 2022. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik selepas 2 tahun kita bergelumang dengan covid-10 yang meragut nyawa. Tidak lupa juga kejadian bah besar yang melanda beberapa negeri hingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
Kenangan 2021 yang penuh rintangan, pahit dan hidup penuh kebimbangan setiap hari, diharap dapat diubati dengan kedatangan 2022 yang diharapkan memberi sinar.
Semoga 2022 lebih indah, lebih ceria, lebih bahagia untuk kita mencari rezeki dan membuat amal ibadat dengan lebih sempurna.
Harapan pihak Medium Kongsi, semoga kehadiran tahun baharu 2022 akan membuat kita lebih bersemangat dan berazam tinggi untuk terus berusaha lebih keras dalam mencapai kejayaan dan memandang terus ke hadapan.
0 Ulasan