Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering

 KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera, program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Infaq Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering

Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek dan penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering.


Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. Sejak negara diselubungi pandemik Covid-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan. Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakkan, usaha murni seperti ini


Ahmad Shakir memberitahu bahawa pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara.


Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan.

Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering


Mohd. Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal.

Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering


Mohd. Safwan memberitahu selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.


KOPETRO Food turut menawarkan produk makanan sedia untuk dimakan bukan beku, yang diproses dengan teknologi Sistem Dekontaminasi Termal (TDS), tanpa sebarang penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Makanan yang melalui proses dekontaminasi kekal segar pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 1 tahun serta kualiti makanan, kesegaran dan rasa terpelihara 100 peratus. Boleh dinikmati terus tanpa sebarang pemanasan, produk ini amat sesuai untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara.


Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-9320036 atau layari laman web www.kopetrocatering.com.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Catering atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk jenama LengQuas


Facebook: 

www.facebook.com/kopetrocatering / www.facebook.com/lengquas.official

Instagram: 

www.instagram.com/kopetrocatering / www.instagram.com/lengquas.official

Catat Ulasan

0 Ulasan