5 Manfaat Yogurt Untuk Kecantikan

5 Manfaat Yogurt Untuk Kecantikan | Ramai peminta yogurt tidak tahu yang yogurt yang dimakan setiap hari ada kegunaanya untuk kecantikan diri. 5 Manfaat yogurt untuk kecantikan ini banyak dan telah terbukti dan mungkin anda boleh mencuba, untuk mendapatkan hasilnya.

Selain dimakan sebagai makanan diet, ada yang menggunakan yogurt sebagai mask muka. Jom ketahui 5 manfaat yogurt untuk kecantikan yang tidak terlalu susah untuk didapati dan harganya pulak tidak terlalu mahal.

gambar sumber Google


1. Gigi Putih

Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu membuatkan enamel gigi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindugan bagi menghalang kekuningan.  Ia juga membantu mengelakkan nafas berbau.

Caranya : Sapukan secara kerap yogurt kepada gigi untuk melihat keputusan terbaik


2. Hilangkan Kelemumur

Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut biarkan selama lebih kuran 20 minit sebelum dicuci.  Ia mampu melicinkan rambut, melegakan gatal paa kulit kepala dan manegurangkan kelemumur dengan ketara.  Lakukan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu


3. Bantu Pengelupasan

Gunakan kacang walnut dan hancurkan bersama yogurt untuk membuat scrub buatan sendiri. Walnut membantu mengelupaskan liang manakala yogurt akan memberikan khasiat kepada kulit. Kombinasi kedua ini dapat membantu anda menghilang tompok kering dan kulit mati.


4. Melambatkan Penuaan

Campurkan yogurt dengan timun untuk menghilangkan garis halus dan kedutan.  Timun mempunyai kesan penyejukan dan membantu mengetatkan liang terbuak manakala yogurt membantu dalam proses menegangkan kulit.  Lukakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.


5. Menghilangkan Bintik Hiitam

Yogurt dijadikan pes dengan mencampurkannya dengan tepung jagung.  Lakukan gerakan membulat lembut untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih di wajah. Tambah kunyit dan serbuk cendana untuk mendapatkan lebih banyak manfaat kecantikan.

Kombinasi pes tersebut membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan ini adalah penjimatan kos dan mudah didapati untuk merawat pelbagai isu kulit dan rambut



sumber : Harian Metro 2018


Catat Ulasan

0 Ulasan