Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.

Aliff membawakan lagu Sampai Syurga dan lagu Dealove berduet dengan Hafiz Suip dan berentap dengan Aweera membawakan lagu Bangun di pusingan Battle.


Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut menyaksikan persembahan  lima peserta lain, Nikki Palikat ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM50,000 dan tempat ketiga, Suki Low membawa pulang wang tunai RM30,000. 

Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera menduduki tempat keempat, kelima dan keenam serta masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Kesemua peserta peringat akhir memenangi hadiah wang tunai serta trofi.

Gegar Vaganza masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse menjadi pengacara GV8 dengan maestro tersohor, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.


Untuk rekod, program GV telah menobatkan barisan artis bergelar juaranya sebelum ini iaitu Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).


Catat Ulasan

0 Ulasan