Peringatan buat pengguna dan pelanggan bank tempatan di mana caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di ATM akan kembali dikenakan mulai esok, 1 Februari 2022 bermula tengah malam ini.
Pengumuman awal telah dimaklumkan oleh bank-bank di Malaysia pada Disember 2021 lalu.
Pengeluaran wang di ATM secara percuma hanya sekiranya anda menggunakan bank yang sama dengan kad bank yang anda miliki dan caj RM1 akan dikenakan pada pengeluaran di mesin ATM yang berbeza dari kad bank anda.
Terdapat pelbagai respon yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perlaksanaan caj transaksi itu, namun tiada kenyataan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengecualian caj RM1 ini hingga ke hari ini.
Pada Apil 2020, caj RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di ATM telah dikecualikan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di kala pandemik COVID-19.
0 Ulasan