Cara Uruskan Uri Bayi

Ada sesetengah para suami yang menanam uri dengan meletakkan pensil kononnya supaya si anak menjadi bijak dan rajin belajar. Ada yang meletakkan paku dan lada hitam untuk menjauhi benda lain memakan uri tersebut, bimbang bayi meragam dan ada yang membuat amalan bertentangan yang akan memesongkan akidah kita.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,”


Dalam Islam tak ada dijelaskan secara khusus cara nak uruskan uri yang menjadi teman anak selama dalam kandungan isteri. Jadi, sebaiknya diuruskan dengan cara yang terbaik. 

gambar sumber Google

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda bagi mereka yang menanti kelahiran bayi pertama, kedua atau mereka yang masih belum punya anak untuk mengetahui apakah uri ini.


gambar sumber Google

Lazimnya pihak hospital akan memberikan uri selepas isteri selamat melahirkan. Jangan terkejut kerana uri ni seakan daging merah yang besar dan lembik yang dimasukkan ke dalam beg plastik untuk diuruskan. Bagi seseorang yang haemophobia (fobia dengan darah), jangan risau, ini satu proses yang akan anda lalui setiap kali isteri melahirkan anak.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik


Fungsi uri kepada bayi :


1. Uri membekalkan zat bermanfaat untuk bayi dalam perut tu. Darah dari ibu akan mengalir masuk ke baby melalui uri ni la. Darah yang mengalir tu ada oksigen, glukosa dan zat yang penting untuk perkembangan baby.


2. Uri ni juga fungsinya macam paru-paru orang dewasa sikit. Melalui uri la baby kita dapat oksigen dan melalui uri la juga baby kita buang karbon dioksida dari tubuhnya.


3. Dari uri ni la juga sumber hormon oestrogen dan progesterone yang penting untuk ibu dan baby dan banyak lagi fungsinya yang lain.


Bagi menghargai jasa uri ni sebaiknya kita cuci dan tanam dengan cara yang mulia. Kalau kita tak ambil uri yang pihak hospital bagi tu uri tu akan dianggap sebagai ‘medical waste’ dan akan dibakar. Sanggup ke kita tengok uri baby kita dibakar camtu je bersama sisa-sisa hospital yang lain?


Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” 


Perkongsian dari Taufiq Razif cara uruskan uri 


1. Bawa balik uri tu ke rumah. Kalau terpaksa tunggu lebih 24 jam sebelum boleh balik untuk tanam uri tu boleh simpan uri tu dalam peti ais supaya uri tu tak membusuk.


2. Beli garam kasar kat kedai. Boleh juga nak pakai limau purut kalau urinya dah agak membusuk. Limau ni cuma untuk hilangkan bau je. Bukan nak iktiraf kepercayaan khurafat tau.


3. Buka plastik uri tu depan paip air yang mengalir. Basuh uri dan darah pada uri tu dengan garam dan limau tadi sampai la darah mengalir tu dah hilang semua.


4. Bungkus balik uri tu dan bawa la ke tempat kita nak tanam. Pastikan tanah yang kita nak tanam uri tu lembut supaya senang nak cangkul. Simpan tenaga tu sikit sebab seminggu pertama baby lahir korang akan pakai tenaga korang sehabis mungkin untuk jaga baby dan ibunya sekali. Takkan suami pandai ‘beranakkan’ isteri je kan? Kena la juga pandai jaga isteri dalam pantang. Baru la isteri sayang.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,”

5. Cangkul tanah tu dalam sikit supaya binatang liar tak boleh hidu bau uri tu. Kalau susah sangat, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya bintang liar tu tak boleh gali balik tanah tu.


6. Masa tanam tak perlu menghadap kiblat, tak perlu nak baca mantera. Tak perlu nak buat apa-apa ritual. Cukup la dengan bismillah dan selawat pada Nabi. Cukup la dengan rasa syukur pada tuhan yang bagi pinjam uri tu sekejap sebagai peneman baby kita di alam rahim sana.


Buat para suami, waktu isteri berpantang ni adalah waktu yang sangat istimewa untuk suami dan isteri. Waktu ni la kita sebagai suami boleh rasa kepenatan isteri yang jaga anak kita selama ni bila kita membantu mengambil alih tugas isteri yang berpantang. Bukan itu saja, waktu ini adalah waktu kita boleh lihat betapa besarnya pengorbanan seorang isteri.

Catat Ulasan

0 Ulasan