Doa Bulan Rejab, Niat Puasa Dan Amalan Persediaan Menyambut Ramadan

Bulan Rejab 1443H telah bermula pada Maghrib, hari Rabu, 2 Februari 2022 dan ini bermakna kita bakal menyambut bulan mulia Ramadan kurang dari 60 hari lagi.


Adalah disarankan untuk kita perbanyakkan zikir, puasa dan amal ibadah yang lain, sebagai persediaan menuju ke bulan Ramadan kelak.



Berikut dikongsikan doa bulan Rejab, cara niat dan kelebihan puasa sunat Rejab serta amalan sunat yang digalakkan.


Doa Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, Berikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

[HR Baihaqi]


Kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagi perkara yang diminta dan dihajatkan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.


Para alim ulama sangat menggalakkan dan menekankan berkenaan memperbanyakkan amal ibadah pada bulan Rejab yang menjadi latihan terbaik sebelum bulan Ramadhan tiba


Amalan yang sering  dilakukan oleh umat islam pada bulan tersebut adalah:

  • Puasa
  • Istighfar
  • Sedekah
  • Berdoa, Berselawat dan Berzikir
  • Lain-lain amalan yang baik


Niat Puasa Rejab



Kelebihan Amalan Bulan Rejab 


Menurut laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu.




Walaupun begitu, ianya tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.


Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.


Tiada amalan khusus yang disandarkan pada hadis sahih tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab.


Kata Abu Bakar al-Warraq:

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]


Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diampunkan segala dosa. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin


Catat Ulasan

0 Ulasan