Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Kelantan | Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Kelantan ini dapat dijadikan panduan buat semua. Semoga Allah SWT permudahkan segala pekerjaan serta amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan beroleh keberkatan dariNya.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Kelantan
Kelantan Zon 1 : Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Gua Musang (Daerah Chiku)
Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk di SINI
Adab-adab Dan Sunat Berpuasa
Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.
Antara adab berpuasa adalah
1. Bersahur
Waktu Sahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur
Amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripana Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya
"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan" Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Bersahur dapat membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :
"Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan Sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya:
"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air"
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari
Sabda Rasullah SAW maksudnya:
"Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitut juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.
Antara doa Rasullah SAW ketika berbuka adalah
3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadan
Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadan
4. Tidak melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.
5. Tadarus Al-Quran
Jibril AS bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan dan semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa negeri Johor serta Imsak tahun 2022 dapat dijadikan panduan buat semua.
Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
0 Ulasan