Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Sabah

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Sabah | Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Sabah ini dapat dijadikan panduan buat semua. Semoga Allah SWT permudahkan segala pekerjaan serta amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan beroleh keberkatan dariNya.


Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2022 Bagi Negeri Sabah


Sabah Zon 1 : Bahagian Sandakan (Timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam



Sabah Zon 2 : Bahagian Sandakan (Barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangan


Sabah Zon 3 : Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak Dan Lahad Datu

Sabah Zon 4 : Bahagian Tawau (Barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan


Sabah Zon 5 : Bahagian Kudat : Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat


Sabah Zon 6 : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,1001M)



Sabah Zon 7 : Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar



Sabah Zon 8 : Bahagian Pendalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau


Sabah Zon 9 :
Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang



Sabah Zon : Labuan



Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk di SINI


Adab-adab Dan Sunat Berpuasa


Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.


Antara adab berpuasa adalah


1. Bersahur 

Waktu Sahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur


Amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripana Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya


"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan" Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Bersahur dapat membantu menguatkan orang yang berpuasa.


Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya : 


"Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan Sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya:


"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air"


2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasullah SAW maksudnya:

"Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitut juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar.  Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air.  Sunat juga berdoa ketika berbuka.


Antara doa Rasullah SAW ketika berbuka adalah


3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadan


4. Tidak melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.


5. Tadarus Al-Quran

Jibril AS bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan


Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan  dan semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa negeri Sabah serta Imsak tahun 2022 dapat dijadikan panduan buat semua.


Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan