20 Senarai Buffet Ramadan 2022 Bawah RM100 Untuk Warga Lembah Klang

20 Senarai Buffet Ramadan 2022 Bawah RM100 Untuk Warga Lembah Klang | Bulan Ramadan adalah bulan yang cukup istimewa bila kita berpuasa seharian dan paling seronok sewaktu berbuka. Bila dah menahan lapar seharian, otak berfikir nak makan apa, nak masak apa dan paling seronok bila kita google jer akan muncul tempat makan untuk berbuka dengan juadah yang cukup memikat selera. 


Bila tengok harga yang ditawarkan tu memang boleh buat telan air liur tak lepas dan kita kembali selak facebook, instagram dan segala social media untuk mencari tempat berbuka yang menarik, sedap dan murah.




Jadi, kami kongsikan  20 Senarai Buffet Ramadan 2022 Bawah RM100 Untuk Warga Lembah Klang yang mungkin boleh anda cuba untuk berbuka bersama yang tersayang.


1. Bangi Golf Resort Restaurant

Pelbagai pilihan makanan yang disajikan


Harga untuk tarikh 4 April-8 April

Dewasa: RM55+

Kanak-kanak: 25+


Harga untuk tarikh 9 April-1 Mei

Dewasa : RM60+

Kanak-kanak : RM30+


Untuk tempahan 03-8929 9888 atau emel enquiry@bgrrest.com


2. Selera Desa @Aroma By Eden


Buat warga Petaling Jaya yang meminati makanan kampung, sila ke Selera Desa kat Aroma by Eden ni. 


Harga:

Dewasa: RM60

Kanak-kanak: RM29




3. Port Mancing Fishing Village Ulu Yam

Antara lauk pauk yang disajikan di Port Macing Fishing Village Ulu Yam ni semestinya menu kampung antaranya Rendang Ayam, Rendang Hitam, Kari Daging, Sambal Udang Galah, Keli Goreng Berlado, Ayam Goreng Berempah, Asam Pedas Ikan, Sayur Campur, Kangkung Goreng Belacan dan mee goreng.

Harga Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam

RM39 - Dewasa

RM29 - Warga Emas (55 tahun ke atas)

RM15 - kanak-kanak (6 - 12 tahun)

PERCUMA - kanak-kanak bawah 6 tahun


Bagi yang ingin datang beramai-ramai bersama keluarga atau rakan, ada promosi promosi Beli 8 Percuma 1 yang tidak harus anda lepaskan


Untuk tempahan dan pertanyaan:

+60199104669 / +601110626787  Whatsapp: https://www.wasap.my/booking


Untuk keterangan lanjut, baca di Berbuka Puasa Di Port Mancing Fishing Village Ulu Yam


4.  Iftar @ DEKENDURI, Jalan Yap Kwan Seng

Kenduri Kahwin▪️Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hujan Panas ▪️Ayam Masak Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak ▪️Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang ▪️Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas


Kenduri Tahlil - ▪️Nasi Putih ▪️Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lmk Belimbing Buluh ▪️Sambal Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang ▪️Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari ▪️Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lmk Pucuk Paku/Mask Tempoyak Pucuk Ubi ▪️Ikan Kering/Ikan Pekasam ▪️Aneka Ulaman ▪️Aneka Sambal


Kenduri Kesyukuran ▪️Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga ▪️Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik ▪️Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur ▪️Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol


Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kampung) ▪️Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam ▪️Pulut Kuning + Rendang Ayam


Kenduri Naik Pangkat ▪️Char Kuew Teow (Live) ▪️Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor ▪️Cucur dan Gorengan ▪️Roti Jala +  Kuah Durian


Kenduri Hari Jadi ▪️Dessert/Kuih2 Melayu ▪️Pastries n cakes ▪️Cendol ▪️Kordial ▪️Teh tarik Kenduri Rumah Terbuka ▪️Kambing Bakar ▪️Satay Ayam n Daging ▪️Lontong Nasi Impit


Harga

Dewasa  : RM60.00

Kanak-kanak  : RM40.00


*Tutup Setiap Isnin (dibuka utk grouping Tempahan Khas)*

Untuk tempahan: http://www.wasap.my/60182231235


5. TH Hotel Kelana Jaya

Dengan pelbagai menu yang menyelerakan, tempat yang luas dan selesa, bersebelahan Masjid Tabung Haji dan yang paling penting tempat letak kereta percuma! 


Diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian awal. So, sambil berbuka, bolehlah korang beramal sekali!


Harga:

Dewasa: RM69.90

Kanak-kanak: RM39.90


6. Iftar @Koptown EDC Hotel KL

Pelbagai pilihan makanan yang disajikan


Harga:

Dewasa: RM78.00

Kanak-kanak: RM58.00


7. Bazaar Ria Buffet Dinner, Citi Cafe, Cititel Mid Valley

Hidangan klasik antaranya Rendang Daging Tok, Ayam Bakar dan Sup Ekor dengan konsep ala bazaar, dan dapat menonton secara live skil-skil ukiran dan  variasi  hidangan manisan dan pencuci mulut yang lazat. 


Harga:

Dewasa : RM100 nett

Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM 65 nett


Lokasi : Citi Café, tingkat bawah hotel Mid Valley Megamall.


8. Selera Orang Kita, Shah Alam Convention Centre (SACC)


Terdapat lebih 80 hidangan tempatan yang disediakan oleh Chef SACC antaranya Kambing Kebuli, Sup Periuk, Daging Bakar Masak Lemak dan barisan baharu yang menampilkan Lidah Bakar, Kek Lobak Goreng, Apam Lenggang dan banyak lagi.


Harga:

Dewasa: RM88.00+

Kanak-kanak (7-10 tahun): RM44.00+


9. Citarasa Simfoni Malaysia, Hotel Maya


Ada  live show dan sambil makan tu snap gambar, bolehlah korang upload. Mungkin anda akan dapat menjadi pemenang untuk merasai penginapan PERCUMA


Harga:

EARLY BIRD Promo: RM88+ setiap dewasa (sehingga 5 April 2022)

Dewasa: RM110+

Kanak-kanak (5 - 12 tahun): RM55+ 


10. Selera Warisan, Dorsett Hartamas

Menu : makanan tradisi negeri Johor


Harga:

Dewasa: RM98 nett

Kanak-kanak (5-12 tahun) & warga emas: RM68 nett



11. Lugar De La Boda, Puchong


Harga : 

Dewasa : RM69.00

Kanak-kanak : RM35.00

(6 - 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas)

**PERCUMA

(kanak-kanak 5 tahun ke bawah & kepada sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada hari berbuka)


SPECIAL PRICE:

1 Meja/8 Pax : RM520.00

Ada lebih 60 Jenis makanan dan 11 STALL LIVE COOKING!

▪️ Kambing Grill dan blackpepper ▪️ Roti John Adik Manis ▪️ Char Kuetiau Abang Tanjung ▪️ Tepanyaki Tokyo ▪️ Dim Sum Cheng Ho ▪️ Noodle Station ▪️ Air Balang Pasar Malam ▪️ ABC Mountain ▪️ Ais Krim Corner


12. Jom Buka Puasa @ Westlink Cafe

7 April 2022 – 29 April 2022

Dewasa RM45+ (adult) | Kanak-kanak : RM23+ (kids 4 -11 years old) 

Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, Nasi Briyani, beef & lamb BBQ, kuih tradisional Melayu dan banyak lagi

Untuk tempahan : www.wasap.my/601139846403 | www.wasap.my/60193557577

atau hubungi : 03-21810250

Guna waze: Westlink Garage And Cafe, 17 Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: https://waze.com/ul/hw283fx9wr


13. Sundown Dinner @Flamingo Hotel, KL

Peminat makanan India Utara, boleh mencuba buffet di sini, malahan masakan melayu pun ada! Paling special kat sini, ada stesen kambing golek! 


Harga: 

Dewasa: RM78+

Kanak-kanak (3-12 tahun): RM58+



14. Selera Ramadan 2022, Cloves Restaurant & Cafe

Menu ▪️ BBQ Roasted Lamb, Nasi Briyani, ▪️ Soto, Laksa Kedah, ▪️Pasembor ▪️ pelbagai hidangan berlauk ▪️ pasta ▪️ manisan dan banyak lagi


Harga: 

Dewasa: RM70 nett

Warga emas: RM60 nett

Kanak-kanak (7-12 tahun): RM35 nett


Lokasi :  L'apprenti UPM  bermula 8 April hingga 29 April.



16. Cita Rasa Berbuka @Hotel UiTM

Buat warga Shah Alam, jom cuba buffet di sini yang menyajikan pelbagai jenis makanan dari yang moden ke tradisional


Harga:

Dewasa: RM73 nett

Kanak-Kanak (4-11 tahun): RM36


17. Okad Event Space (OKAD) 

Bufet Ramadan kali ini bermula dari 07 April 2022 hingga 29 April 2022.


PAKEJ ISTIMEWA RAMADAN 

Harga Bufet Ramadan 2022 

Early Bird ( pembelian awal bermula 15 Mac 2022 Hingga 31 Mac 2022) 

RM 59 Dewasa  | RM 35 Kanak-kanak dan warga emas 

 Harga Normal 

RM 69 Dewasa  | RM 39 Kanak-kanak / warga emas 


Harga Khas OKU 

RM 45 Dewasa | RM 39 Kanak-kanak 


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :

Cik Az +6012-6864515 | Pn Majidah +6017-6503436 | Cik Aisyah +6013-2231179 | Pn Nana +6019-3117443


18. Restoran Rebung Chef Ismail


Berita baik untuk pencinta makanan. Kat sini ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Patin Tempoyak dan macam-macam lagi masakan kampung! Ada lebih 70 hidangan makanan untuk korang try daripada 10 stesen yang ada. So, tunggu apa lagi?


Harga:

Dewasa: RM88 nett

Kanak-kanak (5-11 tahun): RM58 nett


19. Taste of Malaysia, Laman Kayangan

Korang minat kumpulan ghazal? Kalau korang tak minat, mak dan ayah korang mesti minat, kan? Jadi, buffet ni memang sesuai sangat untuk santapan sekeluarga. Makanan pun beraneka, siap ada kumpulan ghazal lagi!


Yang penting, fasiliti yang ada pun lengkap. Ada parking percuma, dan surau untuk mudahkan urusan korang.


Harga:

Dewasa: RM69

Kanak-kanak(5-12 tahun): RM39 



20. Hadramawt Kitchen

Peminat makanan Timur Tengah wajib datang ke Hadramawt Kitchen, dan ada Shawarma, kebab dan banyak lagi

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, korang call je 013 487 8841


Harga:

Dewasa: RM66


Okay, moga  20 Senarai Buffet Ramadan 2022 Bawah RM100 Untuk Warga Lembah Klang ini dapat membantu anda dalam misi pencarian lokasi untuk berbuka nanti


Selamat berpuasa 


*Artikel di atas hanya sebagai maklumat kepada orang ramai. Sebarang perubahan harga atau perubahan sajian tertakluk kepada penyedia makanan dan kami tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang perubahan pada maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Catat Ulasan

0 Ulasan