Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia | Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di serata dunia. Semoga Allah SWT permudahkan segala pekerjaan serta amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan beroleh keberkatan dariNya.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia
Sepertimana yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan puasa di bulan Ramadan bermula pada hari Ahad, 3 April 2022
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1443H/2022 Seluruh Malaysia
Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di seluruh Malaysia.
Klik link negeri dibawah untuk anda rujuk jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa di bulan Ramadhan mengikut negeri yang disediakan.
Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Niat Puasa Harian
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Puasa Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk di SINI
Adab-adab Dan Sunat Berpuasa
Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.
Antara adab berpuasa adalah
1. Bersahur
Waktu Sahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur
Amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripana Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya
"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan" Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Bersahur dapat membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :
"Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan Sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya:
"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air"
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari
Sabda Rasullah SAW maksudnya:
"Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beigut juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketiak berbuka.
Antara doa Rasullah SAW ketika berbuka adalah
3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadan
Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadan
4. Tidak melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.
5. Tadarus Al-Quran
Jibril AS bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan dan semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa bagi seluruh Malaysia serta Imsak tahun 2022 dapat dijadikan panduan buat semua.
Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
0 Ulasan