Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga | Drama terbitan Creative Skill Solution diinspirasikan dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Menampilkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama. 


Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3 bermula 23 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 




Tarik Aku Ke Syurga

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 /  iQiyi

Idea & Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Malek Rahman

Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd


Watak Pelakon 

Zul Ariffin sebagai Zamri

Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia

Keith Foo sebagai Shawn

Lisdawati sebagai Hajah Raudah

Izzendra sebagai Natasha

Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad

Aleeza Kasim sebagai Datin Maria

Esma Daniel sebagai Dato Azman

Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah

Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam

Hafreez Adam sebagai Kashaf

Nada Nursyuhada sebagai Che Pah

Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri

Idzham Ismail sebagai Dahlan

Ayra Messi sebagai Julia

Nabil Aqil sebagai Aidil

Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah

Zizi Hazirah sebagai Rahila 

Sean Lee sebagai Dr Chin


Lagu Tema (OST)

Bukti Cinta - Wanie Ooi

Kekasih - Aiman Sidek, Aniq Muhai, Alif Azhari

Teristimewa - Aiman Sidek


Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 


Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.


Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?


Sinopsis Novel Tarik Aku Ke Syurga

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.


“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”


Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.


 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”

 

Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.


“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”


Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?


“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”


Adakah Zamri mampu berubah?


Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?

Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.


Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?


Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

Catat Ulasan

0 Ulasan