Kasihnya Ayah Angkat Tanpa Belah Bagi | Video tular bila seorang lelaki yang dikatakan bapa kelihatan berlari mengangkat anaknya yang rebah sewaktu perbarisan cukup membuat orang ramai terharu, sebak dan mengalirkan air mata. Walaupun tertanggal kasut yang dipakai tapi tidak diendahkan. Si bapa tiba, mengangkat, memeluk dari belakang hingga sianak kembali berdiri kembali.
Walau di lihat secara fizikalnya si bapa telah lanjut usia tapi demi kasih sayang yang ikhlas dia tidak peduli mempamerkan kasih sayang yang cukup suci.
Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.
Menurut Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, si lelaki yang dikira bapa kepada Nik Mohd Adhar, penguat kuasa KPDNHEP yang tular itu adalah anak angkatnya yang kini bertugas di Tawau, Sabah.
Si bapa, Abdul Aziz Ya'acob telah menghubungi Nik Mohd Adhar untuk bertanya khabar dan dimaklumkan bahawa pemuda itu demam ketika perbarisan.
Amir, panggilan yang dipanggil keluarga merupakan anak yatim piatu kematian kedua ibu bapa dan sejak sekolah lagi. Beliau diambil sebagai anak angkat sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.
0 Ulasan