Sukan Komanwel 2022 (2022 Commonwealth Games) di Birmingham yang berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos melabuhkan tirainya semalam dengan kenangan manis bagi para atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas ke negara masing-masing.
Sukan Komanwel 2022, secara rasminya dikenali sebagai Sukan Komanwel XXII dan umumnya dikenali sebagai Birmingham 2022, merupakan sebuah acara pelbagai sukan antarabangsa untuk ahli-ahli Komanwel.
Keputusan Pingat Sukan Komanwel Birmigham 2022
Malaysia berada di tangga ke 10 dengan 7 emas, 8 perak dan 8 gangsa dan sekaligus melepasi sasaran 6 pingat emas di temasya Sukan Komanwel tahun ini. Tahniah para atlet Malaysia!
Kesemua negara yang memperolehi pingat
AustraliaEngland, Canada, India, New Zealan, Scotland, Nigeria, Wales, South Africa, Malaysia, Northern Ireland, Jamaica, Kenya, Singapore, Trinidad and Tobago, Uganda, Cyprus, Pakistan, Samoa, Barbados, Cameroon, Zambia, Grenada, The Bahamas, Bermuda, British Virgin Islands, Mauritius, Ghana, Fiji, Mozambique, Sri Lanka, Tanzania, Botswana, Guernsey, Dominica, Papau New Guinea, Saint Lucia, The Gambia, Namibia, Malta, Nauru, Niue, Vanuatu
Untuk rekod Birmingham diumumkan sebagai tuan rumah pada 21 Disember 2017, menandakan kali ketiga England menganjurkan Sukan Komanwel selepas London 1934 dan Manchester 2002, dan temasya ketujuh di United Kingdom selepas London dan Manchester, Cardiff 1958, Edinburgh 1970 dan 1986, dan Glasgow 2014.
0 Ulasan