Murder By Moonlight

Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi drama siri premium berjudul Murder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita.


Murder By Moonlight dengan 8 episod ini melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Drama ini akan menemui penonton bermula 1 Ogos ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. 




Menerusi Murder By Moonlight menggandingkan pelakon hebat seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.


Murder By Moonlight

Episod: 8

Genre: Pembunuhan, Misteri

Tarikh Tayangan: 1 0gos 2022

Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam 

Rangkaian: Astro Citra, Astro Go

Cerita Asal: Mien.ly & Bani Hamid

Skrip: Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain

Lakon Layar: Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain

Pengarah: Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap, Tony Pietra Arjuna

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Syarikat Penerbitan: Iron Hill Media Sdn Bhd & Passion Pictures


Barisan Pelakon

Sara Ali sebagai Ameera

Wan Hanafi Su sebagai Tuan Osman

Riz Amin sebagai Chef Jit

Hana Nadira sebagai Afie Mastura

Radhi Khalid sebagai Dato Karnain

Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma

Thanuja Ananthan sebagai Dr Sangeetha

Sharifah Amani sebagai Bella

Tiara Anchant sebagai Julia

Amanda Ang sebagai Mindy

Brian Chan sebagai Benjamin Leong (Ben)

Amir Ameezan sebagai Ali 


Sinopsis Murder By Moonlight

“1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” - Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara), Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!


Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.


Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Catat Ulasan

0 Ulasan