Filem Talbis Iblis | Filem genre sram sentuhan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia dengan terbitan gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia.
Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Filem ini membariskan pelakon seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Filem Talbis Iblis |
Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.
Talbis Iblis
Genre: Seram
Produksi: Infinitus Gold
Pengarah: Kabir Bhatia
Cerita Asal: Ajami Hashim
Skrip: Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2022
Barisan Pelakon
Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda
Lagu Tema (OST)
Lagu: Harapan Penyambung Mimpi
Penyanyi: Indah Ruhaila
Lirik: Habsah Hassan
Komposer: Heidi Moru & Lo Shi Seng
Sinopsis Talbis Iblis
Mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.
0 Ulasan