Drama Isteri Halal

Drama Isteri Halal | Drama adaptasi daripada drama popular Filipina, Legal Wife akan membuka tirai slot Tiara di Astro Ria. Drama rantaian 60 episod ini dibintangi Isyariana, Uqasha Senrose, Aidit Noh dan Nazim Othman. Dibawah arahan Uchee Fukada terbitan Radius One.


Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.




Isteri Halal

Episod: 60

Tarikh Tayangan: 27 Februari 2023

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petan

Rangkaian: Astro Ria, Astro Go

Penulis Skrip: Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired

Pengarah: Uchee Fukada

Produksi: Radius One Sdn Bhd


Watak Pelakon

Isyariana Che Azmi sebagai Adellia

Aidit Noh sebagai Zayn

Uqasha Senrose sebagai Eyra

Nazim Othman sebagai Daniel

Sharmaine Farouk sebagai Suraya

Sahronizam Noor sebagai Aziz

Qazem Nor sebagai Arif

Shahidan Izwan sebagai Aqil

Nazzaty Rusli sebagai Juliza

Aishah Atan sebagai Mak Pah

Isaac Iman sebagai Adrian

Zarif Ghaz sebagai Zahir

Elly Suhaili sebagai Fauziah

Rasya Dean sebagai Thalia

Amylea sebagai Noor

Amirul Asyhwad sebagai Nabil

Faizul Syaharin sebagai Ridwan


Sinopsis Isteri Halal

Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. 


Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.  


Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya. 

 

Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.


Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.


Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?

Catat Ulasan

0 Ulasan