Drama Segenap Takdir (TV3)

Drama Segenap Takdir (TV3) |  Drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika dengan 15 episod akan mengisi slot  Samarinda TV3.


Drama yang menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah Halim,  Niezam Zaidi, Zara Zya dan Nabil Aqiln ini adalah terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd dan   diarahkan oleh Eoon Shuhaini. M




Segenap Takdir

Episod: 15

Tarikh Tayangan: Mei 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Penulis Skrip: Rina Khan, Sherry Khan

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd


Watak Pelakon

Siti Khadijah Halim sebagai Haryani

Niezam Zaidi sebagai Azlan

Zara Zya sebagai Nadira

Nabil Aqil sebagai Faisal

Sharifah Shahora sebagai Maimun

Azizah Mahzan sebagai Nek Yah

Watie Sadali sebagai Salmi

Haleeda sebagai Mak Asmah

Aqeesh Aleeya sebagai Hanim

Saiful Wazien sebagai Budin


Sinopsis Segenap Takdir

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.


Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.


Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.


“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan


Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.


Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!


‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’


Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.

Catat Ulasan

0 Ulasan