Lato-Lato Permainan Viral Yang Memudaratkan

Lato-Lato Mainan Viral Yang Membahayakan | Mungkin ramai yang tidak tahu yang permainan lato-lato ini adalah salah satu permainan lama yang popular era 70 di luar negara dan kini  tular. Di sana-sini kelihatan ramai peniaga lato-lato terutama di pasar malam dan taman rekreasi.


Permainan ini berjaya menarik minat kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bahkan, di negara jiran, ada pelbagai jenis pertandingan di anjurkan bagi meraikan peminat mainan viral ini.




Lato-lato mempunyai dua bola pemberat yang diikat pada tali untuk diseimbangkan dan dimainkan dengan melantunkan dua bola pemberat tersebut. Kehebatan pemain lato-lato bila dia boleh menghayun bola lato-lato dengan laju.


Sebenarnya permainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lebih memudaratkan dari memberi kebaikan malahan tidak langsung signifikan dan manfaat terutamanya untuk kanak-kanak.



Mana tidaknya, kanak-kanak termasuk pelajar sekolah gemar memainkannya tidak kira sama ada di rumah mahupun di sekolah hingga boleh menggangu ketenteraman pelajar lain dan mencederakan diri sendiri ataupun orang sekeliling sekiranya terkena.


Bunyian yang terhasil juga mengganggu pembelajaran di sekolah dan membuat pelajar hilang fokus di dalam kelas.


Di Amerika Syarikat, permainan yang popular pada tahun 1960an dan 1970an ini telah diharamkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.


Bagaimanapun bermain lato-lato ini mampu meningkatkan koordinasi tangan tapi haruslah lebih berhati-hati sewaktu bermain supaya tidak menyebabkan kecederaan pada diri dan orang lain.


Tip dari Dr Kamaul Ariffin Nor Sadan cara bermain lato-lato agar lebih selamat


1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.


2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.


3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.


4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.


Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.


Diharap ibu bapa menjadi lebih peka dan perihatin serta lebih memantau anak-anak terutama yang masih kecil supaya mereka selamat bermain dengan mainan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemudaratan yang teruk. 

Catat Ulasan

0 Ulasan