Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Drama adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3 pada 6 Februari 2023. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah.
Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my
Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
Jasmine Suraya sebagai Maira
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Didi Astillah sebagai Aqilah
Halim Radzi sebagai Haikal
Letchumi Sandraj sebagai Reena
Jasper Supayah sebagai Najia
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Kuna Muzani sebagai Umi
Shahidan Izwan sebagai Aidil
Hilal Azman sebagai Zahid
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Ammar Bahri sebagai Manan
Ayu Ayuni sebagai Alia
Syrul Ezwan sebagai Raziq
Adwafri Shah sebagai Kamarul
Een Efendi sebagai Maksu
Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
Saiful Ghaz sebagai Bazli
Addin Baharudin sebagai Firdaus
Naim Shamshol sebagai Fahmi
Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Raisya Hanna, seorang gadis yang dimangsai oleh fitnah manusia lantaran sifat cemburu dan iri hati. Angkara kejadian tersebut telah melontar jauh Raisya Hanna terdampar di sebuah sudut sepi dan dingin di pinggiran pergunungan Kinabalu. Pertemuan kembali dengan lelaki yang dianggap penghancur kehidupan silamnya telah membina kembali sebuah sinar baru namun Raisya Hanna menganggapnya sebagai sebuah pembalasan dendam semata mata.
Sejauh manakah ikatan cinta atas landasan dendam itu dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa?
Sinopsis Novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.
Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.
Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.
Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.
Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.
“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah
Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
0 Ulasan