10 Jenis Makanan Kesukaan Tinggi Kandungan Garam

10 Jenis Makanan Kesukaan Tinggi Kandungan Garam| Tahukah anda, rakyat Malaysia mengambil kira-kira 7.15 gram garam sehari iaitu bersamaan 1 setengah sudu teh yang mana kuantiti ini hampir 2 kali ganda daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 


Pasti kita tidak perasan atau mungkin tidak percaya kerana kita bukan mengira jumlah yang digunakan dan manakan kita boleh mengira bila kita cuma membeli atau makan di gerai atau restoran sahaja.


Umum mengatakan garam adalah pembunuh senyap dan terdapat beberapa risiko jika kita mengambilnya secara berlebihan.




Antara penyakit yang merbahaya akibat pengambilan garam berlebihan adalah seperti Hipertensi, Kanser, kegagalan buah pinggang, Strok dan Penyakit jantung


Pernah tak kita terfikir terdapat 10 jenis makanan yang menjadi kesukaan mengandungi kuantiti garam yang tinggi antaranya adalah 


1. Udang kering

2. Keropok lekor

3. Kicap

4. Ikan Masin

5. Mi segera

6. Cencaluk

7. Sos tiram

8. Budu

9. Sambal belacan

10. Sos cili / tomato


Ini adalah sebahagian jenis makanan yang menjadi kesukaan yang sewajarnya kita kurangkan dan disamping kurangkan pengunaan garam dalam masakan anda.


Sumber: Twitter https://twitter.com/affick_rahim/status/1050574433679597568

Catat Ulasan

0 Ulasan