20 Ayat Ucapan Hari Bapa Buat Bapa Tersayang | Hari Bapa bermula apabila seorang wanita melancarkan kempen selama 62 tahun untuk menjadikan hari tersebut sebagai cuti persekutuan di Amerika Syarikat, namun Hari Bapa sudah berlaku sejak ratusan tahun dulu dan disambut pada tarikh yang berbeza dalam setiap kebudayaan.
Sambutan Hari Bapa adalah satu kesempatan untuk kita mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki bergelar bapa yang tidak jemu menjalankan tugasan yang mencabar bagi memastikan kebahagiaan anak-anak dan keluarga.
Jadi, bagi menghargai kaum bapa, tidak perlu setahun sekali untuk meraikan orang yang kita sayang, yang tidak kenal erti penat demi kesenangan dan keselamatan keluarganya
20 Ayat Ucapan Hari Bapa Buat Bapa Tersayang |
20 Ayat Ucapan Hari Bapa Buat Bapa Tersayang
1. Di setiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah...
2. Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung.
3. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah
4. Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa
5. Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami
6. Disebalik kasih ibu, Ada kerja keras seorang ayah. Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.
7. Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
8. Pengorbanan dan jasamu tidak ternilai. Selamat Hari Bapa
9. Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.
10. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.
11. Ya Allah Ya Tuhanku, mungkin aku tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang… Dengan pertolongan-Mu, perkenankanlah doaku ini. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka. Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibu bapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil. Amin Ya Robbal Alamin.
12. Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.
13. Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
14. Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.
15. Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
16. Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.
17. Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
18. Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.
19. Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.
20. Selamat Hari Bapa. Engkaulah hero dalam hidup kami. Love You Papa.
0 Ulasan