Melaka : 12 Muzium Menarik Untuk DiLawati

Negeri Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah ialah sebuah negeri di Malaysia terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di tenggara. Melaka merupakan neeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.


Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan Kesultanan Melaka yang begitu berpengaruh di rantau Nusantara dan Asia Tenggara sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga ditakluk kuasa Portugis pada 1511. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.


Sekiranya anda ke Melaka dan tidak tahu ke mana lagi untuk dilawati, disarankan anda singgah dan melawat muzium yang terdapat di sini yang pastinya memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang negari Melaka


muzium di melaka
Melaka : 12 Muzium Menarik Untuk DiLawati


Muzium Al-Quran Melaka

Satu muzium di Melaka yang mesti setiap jiwa yang beragama Islam datang melihat bahan-bahan pameran yang sangat tinggi nilainya. Muzium ini terbuka kepada sesiapa tanpa mengira latar belakang agama & menjanjikan pameran menarik yang berkaitan dengan kitab suci Islam iaitu Al-Quran. Muzium yang terletak di dalam sebuah bangunan yang indah & moden ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Melaka & Yayasan Restu untuk memakmurkan syiar Islam di Melaka.

Koleksi Al-Quran yang dipamerkan di sini bukan sahaja tertumpu kepada mushaf-mushaf Al-Quran yang baru malah turut mempamerkan mushaf Al-Quran yang berusia ratusan tahun lamanya. Salah satunya adalah senaskah Al-Quran dari Tanah Jawa yang dipercayai berasal dari awal abad ke 19. Uniknya, setiap lembaran Al-Quran ini diperbuat daripada deluwang iaitu sejenis daun kayu.  Secara logik akal, daun kayu yang bersifat organik pasti akan mereput ditelan usia. Namun, apa yang ajaibnya walaupun Al-Quran ini kelihatan usang sedikit tetapi masih elok & bacaannya juga masih jelas.

Kagum dengan kehebatan orang dulu-dulu yang bijak menghasilkan Al-Quran yang tahan lama sebegini. Malah, penulisan tangan bacaan Al-Quran juga sangat cantik serta kelihatan seragam seperti dicetak dengan mesin. Terdapat juga senaskah Al-Quran yang diperbuat daripada kulit kambing yang berasal dari Yaman & dikatakan berusia sekitar 860 tahun. Tidak dinafikan, Muzium Al-Quran Melaka merupakan satu muzium menarik di Melaka yang sangat ideal untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar oleh institusi pendidikan dalam mendedahkan ilmu sejarah Agama Islam kepada generasi muda.

Alamat : Muzium Al-quran Melaka, Jalan Solok Balik Bukit, Kampung Bukit Palah, 75400 Malacca
Phone: 06-283 0926
Opened: January 10, 2008

Muzium Islam Melaka


Menyingkap kedatangan Islam di Melaka bukan sahaja boleh anda lihat di tempat-tempat yang masih ada kesan sejarahnya seperti di masjid-masjid lama sekitar Melaka, malah anda boleh juga datang ke Muzium Islam Melaka ini untuk mendapatkan informasi yang lebih menyeluruh. Sekiranya anda pertama kali bercuti di Melaka & ingin menyelami sejarah penyebaran Agama Islam di Melaka, sangat disyorkan untuk memulakan pengembaraan anda dengan melawat Muzium Islam Melaka yang terletak di Jalan Kota & berdekatan dengan Kota A Famosa.

Selain kaya dengan informasi & bahan bersejarah, muzium ini sebenarnya terletak di dalam sebuah bangunan lama yang mempunyai ceritanya sendiri. Bangunan lama berwarna merah ini ada yang mengatakan dibina pada lewat abad 18-an ketika pemerintahan Inggeris. Ada juga yang berpendapat, bangunan ini dibina sejak penjajahan Belanda lagi sebelum pihak Inggeris membuat penambahan binaan di bahagian aras dua.

Pameran yang ada di bangunan ini agak banyak & merangkumi pelbagai aspek sejarah Islam di Melaka baik dari sudut perundangan, budaya, senibina & sebagainya. Di muzium ini juga anda boleh melihat keunikan replika-replika masjid popular di Melaka seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Hulu, Masjid Al-Azim & sebagainya. Malah terdapat juga pameran yang menunjukkan kitab-kitab lama Islam seperti kamus kuno bertulisan jawi yang menghuraikan huruf-huruf Al-Quran secara panjang lebar.

Alamat : Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: 
Phone: 06-282 1303
Opened: 2006

Illusion 3D Art Museum Melaka

Kalau bercuti di Bandar Hilir Melaka dengan anak-anak & hanya melawat tempat bersejarah sahaja, mungkin akan membosankan mereka bukan? Apa kata, anda bawa anak-anak untuk mencuba satu aktiviti yang lain daripada yang lain. Destinasi ini merupakan sebuah muzium 3D yang mempunyai banyak ilustrasi 3 dimensi yang kelihatan seakan-akan ‘hidup’. Malah, apa yang membuatkan destinasi ini berbeza dengan kebanyakan muzium 3D di Melaka yang lain adalah terdapatnya Augmented Reality (AR) Video Hall di mana anda boleh menghasilkan satu video dengan watak-watak animasi 3D yang sangat menarik.

Antara watak-watak 3D di dalam video animasi ini adalah dinasour, angkasawan, hidupan liar & sebagainya. Untuk mendapatkan video ini, terdapat bayaran tambahan dikenakan. Mural 3D yang ada di sini juga pelbagai temanya & anda boleh ambil gambar dengan kamera sendiri sebanyak mana yang anda mahukan. Setiap mural 3D ini mempunyai kisah ceritanya sendiri yang pasti membuatkan anak-anak anda tertanya-tanya. Selain bersuka ria dengan bergambar, bolehlah anda menceritakan kepada anak-anak situasi setiap mural 3D yang ada di sini untuk menambah ilmu am mereka.

Illusion 3D Art Museum Melaka ini terletak di Dataran Pahlawan Megamall & dibuka pada setiap hari. Muzium 3D ini merupakan cawangan muzium 3D yang kedua selepas muzium 3D yang pertamanya yang terletak di Central Market, Kuala Lumpur. Disyorkan untuk anda melawat tempat menarik indoor sebegini pada waktu tengahari untuk elakkan panas. Waktu petang & apabila cuaca redup sedikit, bolehlah ke tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang terbuka seperti Kota A’Famosa, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Gereja St Paul & sebagaianya.

Alamat : F2-29, Second Floor Jalan Merdeka Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir, 75000, Melaka
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Located in: 
Address: 
Hours: 
Closes soon ⋅ 7 pm ⋅ Opens 10 am Tue
Phone: 06-221 3002

Magic Art 3D Museum Bukit Katil

Sekiranya anda bermalam di hotel sekitar Ayer Keroh atau Bukit Katil, tidak perlu susahkan diri untuk memandu jauh ke Bandar Hilir Melaka semata-mata untuk melawat muzium 3D. Terdapat satu muzium 3D di sini yang tidak kurang menariknya yang hanya terletak di Bukit Katil. Secara tepatnya ia terletak di Bayou Lagoon Park Resort & dari Tol Ayer Keroh, perjalanan ke sini hanya makan masa sekitar 10 minit sahaja. Muzium 3D ini menawarkan sekitar 15 ilustrasi 3 dimensi yang boleh anda sekeluarga berswafoto untuk dijadikan kenang-kenangan.

Walaupun bilangan ilustrasi 3D di sini tidak sebanyak di muzium 3D yang lain seperti di Langkawi, tetapi dengan bayaran tiket & kualiti mural yang ada di sini, memang cukup berbaloi. Seperti juga di mana-mana muzium 3D yang lain, staf bertugas akan membantu anda untuk merakam gambar dari sudut yang betul supaya gambar yang dihasil akan menjadi ‘hidup’. Memang lumrah di mana-mana lokasi muzium 3d, setiap kali musim cuti & hujung minggu, mesti ramai yang datang ke sini & kadang-kadang membuatkan anda perlu menunggu lama untuk menunggu giliran bergambar.

Sebaiknya, anda datanglah pada hari berkerja bersama anak-anak untuk kepuasan maksima tanpa perlu menunggu lama giliran. Untuk idea yang lebih bernas, anda boleh menginap sahaja di Bayou Lagoon Park Resort & boleh ke muzium 3D ini pada waktu orang tidak ramai pada bila-bila masa. Malah, lokasi Bayou Lagoon Park Resort juga sangat strategik di tengah-tengah antara Bandar Hilir Melaka & Ayer Keroh Melaka, yang merupakan 2 tempat pelancongan di Melaka yang sangat popular.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-2311604 | Facebook | Website

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 10 am Tue
Phone: 06-233 0888

Muzium Hang Tuah

Siapa yang tidak kenal dengan Hang Tuah. Seorang pahlawan legenda Melayu yang sangat hebat & sangat setia kepada Sultan Melaka. Mungkin perjalanan cerita hebatnya sudah kita tonton di dalam filem atau pernah baca di dalam buku-buku sejarah. Memang banyak jasanya & memang hebat ilmu silatnya. Namun, ada yang pertikaikan, adakah benar Hang Tuah memang wujud ataupun ianya sekadar cerita dongeng sebagai penyedap halwa telinga sahaja. Adakah benar Hang Tuah pernah berkata ? “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” atau, sekadar kata sakti sebagai penyedap cerita sahaja.

Bagi anda yang tertanya-tanya, apa kata bawa keluarga berkunjung ke Muzium Hang Tuah atau Hang Tuah Centre ini. Lokasinya terletak di Kampung Duyong & kira-kira 20-30 minit memandu dari Bandar Hilir Melaka. Muzium yang tersergam indah dengan senibina Melayu ini pasti akan membuatkan anda kagum dengan kecantikannya. Malah, landskap taman yang mengelilingi muzium ini juga sangat menarik & sangat sesuai untuk anda bergambar seperti raja sehari.

Sesuai dengan namanya, muzium ini banyak memaparkan sejarah berkenaan Hang Tuah & sahabat-sahabatnya seperti Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi. Kisah-kisah mereka bukan sahaja diceritakan dalam bentuk infografik, pameran atau diorama sahaja, malah terdapat juga video animasi pendek yang berkaitan dengan sejarah popular 5 pendekar ini. Berdekatan dengan muzium ini, terdapat Perigi Hang Tuah yang dipercayai digali sendiri olehnya. Sehingga ke hari ini, perigi ini masih mengeluarkan air & tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Malacca
Hours: 
Closed ⋅ Opens 9 am Tue
Phone: 06-293 0028

Muzium Kapal Selam Melaka


Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk terokai. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang & bersaiz mega ini dibina pada tahun 1979. Setelah tamat beroperasi kini ianya dijadikan sebuah muzium untuk lawatan orang ramai. Sebaik sampai di kawasan parkir kereta, setiap pengunjung semestinya akan kagum dengan saiznya yang mempunyai panjang sehingga 70 meter. Kadang-kadang membuatkan tertanya-tanya, bagaimana kapal selam sebesar ini boleh menyelam sehingga 300 meter kedalamannya.

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Muzium Maritim / Muzium Samudera


Kalau ajak anak-anak bercuti di destinasi muzium atau tempat bersejarah, berkemungkinan besar mereka akan ‘buat muka’ sebagai tanda protes bukan ? Apa kata anda bawa mereka ke Flora de la Mar Maritime Museum atau Muzium Samudera di Bandar Hilir Melaka. Muzium ini memang unik & pasti tidak membosankan anak-anak anda. Tidak seperti majoriti muzium lain, muzium ini bukannya terletak di dalam sebuah bangunan sebaliknya terletak di dalam sebuah replika kapal perang Portugis yang sangat besar.

Seronok sebenarnya dapat masuk ke muzium ini kerana pengalaman menaiki ke dek kapal klasik ini tidak ubah seperti berada di atas Black Pearl iaitu sebuah kapal perang milik Jack Sparrow dari movie Pirates of the Caribbean. Pameran bahan bersejarah di sini memang sangat menarik & rata-ratanya lebih tertumpu kepada sejarah aktiviti perdagangan di laut atau samudera Melaka. Setiap pameran dipaparkan dalam bentuk infografik, susuanan replika kapal kecil, susunan senjata perang lama, diorama & ada juga artifak yang berusia ratusan tahun.

Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah peti besi pihak penjajah Belanda yang berusia ratusan tahun. Peti besi simpanan sebegini sangat sinonim di dalam filem Hollywood seperti Pirates of the Caribbean yang sering digunakan untuk menyimpan duit syiling emas. Muzium Samudera sebenarnya merupakan sebahagian daripada Muzium Maritim. Untuk satu tiket masuk ke Muzium Maritim, anda boleh melawat ke 3 muzium utama yang berdekatan iaitu Muzium Samudera, Muzium Samudera Fasa 2 & juga Muzium TLDM. Satu tempat bersejarah di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak anda sangat teruja untuk berkunjung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-2826526

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 10 am Tue
Phone: 06-282 6526
Opened: June 13, 1994

Muzium Istana Kesultanan Melaka

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman berada di dalam sebuah Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II, bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Di hadapan muzium ini juga terdapat sebuah taman bunga yang tidak kurang menariknya yang boleh anda berswafoto bersama keluarga untuk dijadikan kenang kenangan.

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini agak panjang & rata-rata konsep pameran di sini banyak memaparkan kisah sejarah dalam bentuk infografik, diorama & galeri. Paling menarik, anda boleh melihat replika-replika istana ikonik di seluruh Malaysia yang dibina pada skala kecil seperti Istana Jahar di Kelantan, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Istana Maziah di Terengganu & banyak lagi. Pendek cerita, muzium ini adalah satu tempat bersejarah di Melaka yang lengkap untuk seorang pelancong menerokai sejarah lama di Tanah Melayu baik dari sudut kebudayaan, kesenian & juga adat istiadat.

Tahukah anda, istana yang dibina pada tahun 1984 ini adalah bersendikan pasak kayu iaitu satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka. Sungguh mengagumkan, tanpa sebatang paku pun orang dulu-dulu masih boleh membina sebuah bangunan yang indah & unik sebegini. Muzium bersenibina klasik ini sangat sesuai dilawati pada bila-bila masa walaupun pada waktu tengahari & anda jangan bimbang, di dalamnya ada sistem berhawa dingin.



Di bawah kapal selam ini pula, terdapat ruangan yang memaparkan video & infografik berkenaan spesifikasi kapal selam ini serta sejarah pembinaanya. Anda pasti terkejut apabila melangkah masuk ke dalamnya kerana saiz laluannya sebenarnya agak sempit. Malah sebaik berada di dalam kapal selam ini, tiada ruang langsung untuk anda berselisih dengan orang hadapan. Tempoh untuk anda melihat keseluruhan bahagian dalam kapal ini mungkin sekitar 4-5 minit sahaja & itupun kalau tidak sesak dengan pengunjung.

Sekiranya tidak puas melihat bahagian dalaman kapal selam ini, anda boleh ‘tawaf’ & mulakan penerokaan dari pintu masuk. Di perkarangan Muzium Kapal Selam Melaka ini juga, terdapat 2 buah replika jet pejuang yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat. Sekiranya pertama kali melancong ke Melaka, sangat disyorkan untuk anda berkunjung ke Muzium Kapal Selam ini kerana tarikan pelancong sebegini tiada di negeri lain.

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Muziun ini merupakan sebuah muzium yang menunjukkan pelbagai replika mengenai sejarah Kesultanan Melaka.


HARGA:
Dewasa (Warganegara)- RM10
Kanak-Kanak (Warganegara)- RM5
Dewasa (Pelancong)- RM20
Kanak-Kanak (Pelancong)- RM10
WAKTU OPERASI:
Selasa – Ahad
9:00 a.m. – 5:30 p.m.

ALAMAT:
Jln Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka



Muzium Kastam Melaka


Muzium ini bertempat di sebuah bangunan yang dibina sekitar tahun 1890 an & pernah menjadi gudang simpanan barang dagangan pihak British. Lokasinya hanya bersebelahan sahaja dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise. Muzium ini menempatkan pelbagai infomasi yang majoritinya adalah berkaitan tentang sejarah penubuhan, pencapaian pihak kastam, tugas kastam & yang paling menjadi tumpuan adalah koleksi harta rampasan kastam yang sangat unik & boleh dikira sangat antik untuk tatapan umum

Terdapat pelbagai kategori harta rampasan kastam yang dipamerkan di sini & dikumpulkan sejak tahun 50 an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-Quran, ukiran patung ‘pelik’ & sebagainya.  Selain itu, anda juga boleh melihat pelbagai koleksi peralatan lama & barangan yang pernah digunapakai oleh pihak kastam dalam menjalani tugas seharian seperti kompas, alat pengukur waktu, mesin taip, basikal lama, pakaian seragam, teropong & sebagainya. Koleksi barangan klasik ini sangat mengimbau nostalgia lama & bagi generasi muda, kebanyakan barangan yang dipamerkan selalu dilihat dalam cerita lama seperti filem P. Ramlee.

Anda pernah lihat teknik penyimpanan barangan terlarang oleh penjenayah ? Kalau belum, anda mesti melawat ke satu galeri di dalam Muzium Kastam ini yang mendedahkan tempat simpanan rahsia yang pasti anda tidak akan sangka-sangka. Salah satunya adalah almari dapur yang mempunyai ruangan rahsia yang pasti anda tidak akan tahu kewujudannya kalau tidak diberitahu. Melihat tempat simpanan rahsia yang sangat licik ini membuatkan kita rasa kagum akan kecekapan pihak Kastam Malaysia dalam menghidu baragan terlarang di tempat yang tiada sesiapa menjangkanya. Satu muzium di Melaka yang menarik yang mesti anda terokai & apa yang lagi best, masuk adalah percuma.

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 9:30 am Tue
Phone: 06-283 3924
Established: August 25, 2006

Muzium Senibina Malaysia


Seronok bukan bercuti di Melaka ? Begitu banyak tempat bersejarah & muzium menarik yang boleh anda lawati hanya dalam masa satu hari. Malah banyak juga muzium atau tempat menarik di Melaka yang percuma sahaja & salah satunya adalah Muzium Senibina Malaysia. Muzium ini ini terletak di dalam sebuah bangunan dua tingkat yang berwarna merah & dahulunya bangunan ini merupakan sebuah pusat pentadbiran pihak Belanda sekitar abad ke 18.

Bagi institusi pengajian dalam jurusan kejuruteraan awam atau arkitek, destinasi ini mesti dimasukkan ke dalam jadual percutian anda di Melaka. Terdapat banyak pameran yang sangat berkait rapat dengan sejarah pembinaan & senibina tempatan yang bukan sahaja khusus di Melaka sahaja, malah di negeri lain juga. Pada aras bawah Muzium Senibina Malaysia ini terdapat 3 galeri utama yang umumnya berkaitan dengan sejarah & juga perkembangan senibina di dalam Malaysia.

Di aras atas bangunan pula lebih menarik kerana menempatkan galeri yang mempamerkan replika bangunan-bangunan yang sangat ikonik di Malaysia seperti Masjid Kapitan Keling, Menara Condong Teluk Intan, Gereja St. Andrews, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu & banyak lagi. Pada setiap replika-replika ini juga terdapat informasi yang mendalam tentang sejarah & senibina asalnya. Tahukah anda, banyak senibina-senibina di negara kita sebenarnya mempunyai unsur kepercayaan & mempunyai maknanya yang tersendiri. Ada yang berunsurkan mitos, keagamaan & tidak kurang juga yang berunsurkan elemen alam semulajadi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-2864763

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 9 am Wed
Phone: 06-286 4763
Established: 2004

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka

percutian di Melaka

Seperti yang tersedia maklum, Negeri Melaka merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO & mempunyai banyak destinasi bersejarah yang sangat tinggi nilainya. Sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti di Melaka, sangat disyorkan untuk memulakan lawatan percutian di Melaka anda dengan berkunjung ke Muzium Sejarah & Etnografi Melaka. Ini kerana, muzium ini boleh dikatakan yang paling lengkap & padat memaparkan informasi bersejarah khususnya tentang Negeri Melaka.

Apa yang menarik, dengan hanya membeli satu tiket pelancong boleh melawati 5 buah muzium & 1 galeri seperti Muzium Sejarah & Etnografi Melaka, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Yang Di Pertua Negeri Melaka & juga Galeri Laksamana Cheng Ho. Memang sangat banyak informasi & artifak menarik yang ada di sini untuk anda mengenali Negeri Melaka secara menyeluruh.

Kebanyakan pameran & galeri di sini merangkumi zaman pemerintahan Portugis, Belanda, Jepun & juga Inggeris. Bangunan 2 tingkat untuk Muzium Sejarah & Etnografi Melaka ini memang panjang & menempatkan 18 ruangan pameran yang dipecahkan mengikut kategori masing-masing seperti ruangan porselin, dondang sayang, sejata lama, rumah tradisional, pelbagai diorama dan sebagainya. Selesai di bangunan ini, anda boleh pula ke 5 muzium lain seperti yang telah dinyatakan & lokasinya hanya terletak bersebelahan sahaja.

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Located in: The Stadthuys
Address: Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 9 am Tue
Phone: 06-282 6526

Baba & Nyonya Heritage Museum

Walaupun Negeri Melaka tidaklah sebesar negeri di Sarawak tetapi tetap mempunyai variasi budaya setempat yang pelbagai. Salah satu yang terkenal di Melaka adalah budaya masyarakat Peranakan. Ada sesetengahnya juga memanggil baba & nyonya. Sekiranya anda ingin menerokai kebudayaan baba & nyonya di Melaka, destinasi ini adalah jawapan yang paling tepat.

Muzium ini merupakan rumah agam yang terletak di 3 lot bangunan teres & dimiliki oleh keluarga Chan sejak tahun 1861. Selepas 4 generasi keluarga tinggal di rumah ini, akhirnya pada 1985 mereka memutuskan untuk menjadikan rumah ini sebagai sebuah muzium dalam misi mengetengahkan sejarah & kebudayaan masyarakat Peranakan di Melaka. Sehingga ke hari ini, muzium ini masih diuruskan oleh keluarganya & telah menerima ramai pengunjung dari dalam serta luar negara.

Muzium ini mempunyai banyak tarikan & dekorasi dalaman menarik yang mencerminkan kebudayaan Peranakan. Anda boleh lihat dari suduh ukiran perabut, barangan peribadi, kostum pakaian, perabut rumah, perhiasan rumah & banyak lagi. Selain itu, terdapat juga staf bertugas yang akan menerangkan kepada pengunjung cerita di sebalik tarikan yang terdapat di sini.

Alamat :
Waktu Operasi :
Harga Tiket :

Address: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Hours: 
Closed ⋅ Opens 10 am Tue
Phone: 06-282 1273
Founded: 1986


sumber : https://melakafirst.com/2023/02/21/muzium-menarik-di-melaka/

Catat Ulasan

0 Ulasan