Ada banyak petua dan cara mudah untuk kurus dan langsing tapi paling penting mereka yang ingin kurus kena lebih tegas dan fokus dalam menjalani proses untuk kurus. Anda juga perlu mengawal saiz hidangan, makan ikut waktu, waktu tidur yang berkualiti dan jangan skip sarapan pagi.
16 Cara Untuk Menjadi Kurus Dengan Bahan Di Rumah
Jom kita cuba cara untuk kurus dengan bahan berasaskan sumber semulajadi, dan kurus secara sihat tanpa bahan kimia.
1. Air limau nipis.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
2. Serbuk Teh cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Air asam jawa baik dijadikan minuman harian.
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari.
4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
8. Kempiskan perut anda
ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan dekat perut dan pakai bengkung.
9. Nenas
Kisar nenas, epal hijau dan jambu batu dan sedikit halia. Melawaskan pembuangan dan perut akan kempis.
10. Limau nipis dan madu.
Sebiji limau nipis + sesudu besar madu asli + secawan air suam. Minum setiap pagi. Kalau ada gastrik minum selepas makan.
11. Kulit Kayu Manis Dan Madu
Cara membuatnya adalah dengan mengisar kayu manis sehingga halus sehingga cukup setengah sudu makan. Selepas itu, masukkan kayu manis tersebut ke dalam 1 gelas air hangat dan tambahkan 1 sudu makan madu asli. Campurkannya sehingga sebati dan amalkannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan
12. Air Halia Dan Madu
Campurkan 2 sudu makan perahan halia dan 1 sudu makan madu ke dalam segelas air hangat. Amalkan minuman ini 3 kali sehari secara rutin.
13. Air Kunyit Dan Asam Jawa
Anda hanya perlu amalkan segelas campuran kunyit dan asam jawa dalam air hangat pada setiap pagi untuk mengurangkan rasa lapar anda sekaligus membuang lemak dalam badan anda.
14. Serai, Cengkih, Kulit Kayu Manis, Halia Lemon & Madu
.Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara :
Campur kesemuanya di dalam air dan diminum
15. Epal Hijau, Lobak, Buah Navel, Halia
2 biji Epal hijau
2 biji lobak (bersaiz sederhana)
1 biji navel orang (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk
Cara:
Kisar kesemunya hingga halus, tambah sedikit gula atau madu. Kacau hingga sebati dan minum.
16. Kopi & Perahan Lemon
Sarapan pagi dengan minuman kopi kosong campur perahan lemon. Elok untuk melawaskan pembuangan.
0 Ulasan