Shopee Live Pacu 120 Kali Ganda dalam Aktiviti “Add-to-Cart” Pengguna Ketika 10.10. Festival Shopee Live pecah rekod dengan 30 juta keterlibatan pengguna.
Shopee mencapai kejayaan bersejarah pada Festival Shopee Live 10.10 dengan peningkatan menakjubkan sebanyak 120 kali ganda dalam aktiviti “Add to Cart” pengguna, dipacu oleh peningkatan trafik pengguna baharu dan keterlibatan tinggi pengguna pada hari kemuncak. Rakyat Malaysia menonton sesi strim langsung yang interaktif dan menyeronokkan, menikmati baucar eksklusif Live daripada penjual yang mengambil bahagian, dan menyertai rancangan permainan di Shopee Live.
Sepanjang kempen yang berlangsung selama 9-hari ini, Shopee Live menyaksikan peningkatan lebih 595,000 penonton baharu. Platform ini merekodkan keterlibatan pengguna hebat sebanyak 30 juta pada 10.10, di mana pengguna menanti-nantikan yang ciri dinamik strim langsung ini seperti Baucar Terhad dan permainan mini Spin 2 Win. Lebih 12 kali ganda* penonton baharu menonton Shopee Live pada 10.10 untuk merebut peluang mendapatkan baucar diskaun 90% daripada penjual yang mengambil bahagian dan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 ketika rancangan permainan Kotak Duit Misteri pada 8 malam
Penjual Shopee Mall meningkat secara ketara sebanyak 12 kali ganda, menggunakan Shopee Live pada kali pertama pada hari 10.10 berbanding hari biasa sepanjang 3 bulan lalu. Pembeli menikmati promo eksklusif dan diskaun daripada lebih 5,000 jenama seperti Pediasure, TTRacing, dan banyak lagi di Shopee Live. Pada 10.10, Jovian, LONKOOM, Maybelline, Mydin, Nestle, Skechers, SKINTIFIC, Swiss Thomas, Zoe Arissa, dan Zucca berjaya mencapai pesanan strim langsung tertinggi, menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa risau dengan keaslian produk 100%, Polisi Pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda.
Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kami bersuka cita memaklumkan tentang peningkatan permintaan menakjubkan terhadap konsep “shoppertainment” melalui Shopee Live. Banyak jenama terkemuka diketengahkan ketika kempen 10.10, di mana rakyat Malaysia menonton untuk mengetahui produk baharu, berinteraksi dengan penonton lain, dan berjimat dengan promo eksklusif. Prestasi Shopee dalam memacu aktiviti perjalanan pembelian pengguna merupakan sebuah peluang untuk meningkatkan jualan buat penjual strim langsung kami.”
Di Festival Shopee Live 10.10 kali ini, jenama fesyen dan kecantikan menggunakan kuasa pasaran strim langsung yang membolehkan mereka menunjukkan produk mereka secara langsung. Sepanjang hari ketika 10.10, pengguna Malaysia mencari produk fesyen dan aksesori seperti blaus, dress, beg tangan wanita, kasut wanita, dan sandal wanita. Pakaian saiz besar, barangan kemas, dan hijab merupakan produk fesyen yang paling banyak dipesan semasa hari kemuncak.
Pembeli menebus lebih 1.3 juta di Shopee Live yang membantu mereka berjimat besar terhadap setiap pembelian. Botol isi semula pensanitasi tangan, telur segar semula jadi dari ladang, dan sambal Halal mengambil tempat tertinggi untuk pesanan Shopee Live tempatan, menunjukkan minat pelbagai dan meluas pengguna.
“Shopee Live mempunyai alatan bersesuaian dan dinamik untuk mencipta strim langsung menarik termasuk ciri Undian, ciri Lelong, Baucar Waktu Terhad, dan Harga Strim Langsung Eksklusif. Jenama dan penjual menggunakan alatan ini untuk sesi yang lebih berperibadi, mencipta pembelian dengan pantas, perbualan interaktif dua-hala, dan memacu aktiviti pengguna yang lebih aktif. Hasilnya adalah interaksi yang sangat bermakna dan mampu mempengaruhi pelanggan yang disasarkan,” tambah Soh.
Kawasan di luar Lembah Klang seperti Johor Bahru, Kinta, Melaka Tengah, Seremban, dan Timur Laut menyaksikan peningkatan ketara terhadap keterlibatan melalui Shopee Live. Ini menunjukkan kecapaian meluas dan daya tarikan Shopee Live, ketika pengguna menerokai lembaran baharu e-dagang.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
0 Ulasan