Drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO. Drama bersiri 40 episod terbitan SR One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Menampil Shaheizy Sam dan Emma Maembong sebagai pelakon utama.
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji. Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?
Takdir Itu Milik Aku
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Novel: Siti Rosmizah
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Dian Zara
Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha
Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
Mustaqim Bahadon sebagai Arman
Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah
Nasz Sally sebagai Maryam
Riz Amin sebagai Rahman
Sharifah Husna sebagai Azura
Duerra Mitilda sebagai Elina
Shakilla Khoriri sebagai Adira
Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh
Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif
Radhi khalid sebagai Dollah Kutty
Lagu Tema (OST)
Lagu: Takdir Itu Milik Aku
Penyanyi: Liza Hanim
Lirik: Siti Rosmizah
Komposer: Afif Tirmizie, Ejai Aziz & Kelana
Lagu: Dugaan Takdir Cinta
Penyanyi: Nikki Pilikat & Alif Tirmizi
Lirik: Siti Rosmizah
Komposer: Ejai Aziz & Kelana
Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
0 Ulasan